View: 8472|Reply: 60
|
[Tempatan]
Akhirnya proton joint venture dengan China untuk mengeluarkan proton China.
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-10-2015 08:18 PM
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 940x470. |
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, yang mungkin bekerjasama dengan sebuah atau lebih pengeluar kereta China bagi projek kereta ASEAN, dijangka mengeluarkan produk pertamanya dalam tempoh 20 bulan lagi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Proton ketika ini sedang berunding dengan beberapa syarikat automobil di China termasuk pengeluar kereta Geely.
"Keadaan semakin positif. Mereka menyatakan mereka memerlukan masa 20 bulan daripada sekarang untuk membina kilang dan mengeluarkan kereta pertama," katanya pada taklimat media selepas melancarkan Kempen Produktiviti, di sini, hari ini.
Kempen itu bertujuan memupuk budaya produktiviti dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda kerana ia merupakan aset penting bagi pembangunan dan kemajuan negara.
Ong berkata perkongsian ini akan membolehkan Malaysia memanfaatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kukuh China, yang seterusnya menambah baik kereta Proton dan membolehkan syarikat tersebut mengeluarkan model kompetitif bagi pasaran ASEAN.
Menurutnya, sektor automotif serantau menawarkan potensi besar memandangkan penduduk yang ramai, peningkatan golongan kelas pertengahan dan kuasa membeli kukuh.
"Kita mesti bertindak pantas untuk merebut pasaran. Jika kita boleh menghasilkan kereta untuk pasaran ini, ia akan menjadi sangat bermanfaat memandangkan terdapat pelbagai perjanjian perdagangan bebas serantau," katanya.
Mengenai pelancaran Laporan Daya Saing Global 2015-2016 baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia meningkat dua tangga ke kedudukan ke-18 daripada 140 negara, Ong berkata ini jelas membuktikan asas ekonomi kukuh Malaysia.
Beliau berkata terdapat 12 bahagian penilaian kepada indeks itu, termasuk prasarana, pasaran kewangan dan pendidikan.
"Berdasarkan fakta dan angka, asas ekonomi kita adalah kukuh, bagaimanapun, kita kurang dari segi persepsi.
"Bagi membetulkan keadaan ini, setiap orang, daripada pemimpin hinggalah kepada rakyat, perlu berganding bahu untuk membina semula keyakinan terhadap ekonomi kita," katanya.
http://www.astroawani.com/berita-bis...agi-miti-75070
|
|
|
|
|
|
|
|
China ni buat kereta bagus ke, kalau smartphone mcm huawei,lenovo,xiaomi mmg bagus tp kalau produk2 kereta jrg dgr la maybe Dongfeng ade la |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 1-10-2015 12:18 PM
China ni buat kereta bagus ke, kalau smartphone mcm huawei,lenovo,xiaomi mmg bagus tp kalau produk2 ...
Cherry sis. Dengar kata, ada model Cherry yang pakai enjin mitsubishi. Hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah ini bermakna si kontol @peYno sudah munang??? mohon pencerahan yg arif @airfilterkotor adakah masih JawaDT yg bertahta di hati Proton?? atau kasih Proton sudah beralih arah??? |
|
|
|
|
|
|
|
knp x jepun?
kalo jepun mmg btl2 berkualiti. kalo china, paham2 jerk la. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pun pernah dengar petronas jual engin kereta kt china bila offer kt proton, proton tak mau beli |
|
|
|
|
|
|
|
otak otak management kat proton memang pelik.
mengikut business management theory, company ikut JV dengan syarikat yang lebih kuat bukan lebih lemah,
So akibat ini, branding proton mungkin dilute, duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan pembuat kereta china
|
|
|
|
|
|
|
|
incrossroad replied at 1-10-2015 09:54 PM
otak otak management kat proton memang pelik.
mengikut business management theory, company ikut J ...
hantar staff smpai 6 tahun kt jepun tp balik msia otak jd otak2 jawa pontian ...what do you expect?
Cc@peyno |
|
|
|
|
|
|
|
..Plontong + "Made in China" = _______________ ?? |
|
|
|
|
|
|
|
HAV suv great wall china cam best je |
|
|
|
|
|
|
|
npe x JV ngan proton je terus..bkn kita ada kepakaran ...nape ASEAN nk ajak China jv gak .. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak dlm paler otak berpikir ni... teknologi dicuri, bila Proton China berkembang kuat, management Proton Msia tertekan tak? bakal diambil alih nanti? atau Proton banyak guna teknologi China nanti, trus jadi kreta China... |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti nama model kereta apa ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Pu Tung Wong Fei Hung 2.0 Turbo
Pu Tung Fei Mau 1.6 A
Pu Tung Liang Liang 1.0 MT
|
|
|
|
|
|
|
|
liang la hat 3.0
sempena nama mak panda
|
|
|
|
|
|
|
| |
|