CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12728|Reply: 97

Haji Nabil bukan ustaz

[Copy link]
Post time 7-10-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Haji Nabil bukan ustaz



Kenangan Gambar Nabil bersama jemaah ketika menunaikan haji di Mekah.

PERTEMUAN dengan pelawak dan pengacara terkenal, Ahmad Nabil Ahmad yang baru pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji, Jumaat lalu berlangsung tanpa banyak halangan. Meskipun banyak tuntutan peribadi dan komitmen kerja, Nabil dengan penuh keterbukaan mempelawa penulis mengadakan sesi fotografi di kediamannya, Isnin lepas.

Dari kejauhan, kelibat lelaki berbaju-T berwarna putih dan berseluar jean hitam polos melambaikan tangan tanda meraikan kedatangan Kosmo!. Selepas dipelawa untuk duduk di meja makan di kediaman empat tingkat itu, perbualan kami secara automatik mengalir tentang pengalamannya menunaikan haji.

Barangkali pada pandangan mata kasar kebanyakan orang, Nabil kini lebih warak. Hakikatnya, dia tersipu malu apabila dipanggil dengan gelaran tuan haji: “Tidak perlulah panggil saya haji. Panggil saja Nabil seperti biasa.”

Bukan malu dengan gelaran tersebut, sebaliknya Nabil mengakui masih kekok. Meskipun bergelar seorang haji tetapi ilmu di dadanya masih belum cukup. Sehingga kini, dia masih belajar tentang agama. Katanya, bergelar seorang haji tidak melayakkan dirinya untuk menjadi seorang ustaz.

Akuinya, dia menunaikan haji kerana itu adalah suruhan Allah kepada orang Islam yang berkemampuan. Disebabkan mampu, Nabil menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Saya tunaikan haji kerana ibadah itu suruhan Allah bagi orang yang mampu. Sebab mampu, saya tunaikan tanggungjawab tersebut. Selepas melakukan ibadah haji, hati saya cukup lega dan tidak perlu fikir lagi soal haji. Memang saya faham benar tanggapan masyarakat bahawa orang yang sudah pergi haji pasti lebih warak dan lebih tinggi ilmu agamanya.

“Mereka harus faham, kebiasaannya orang yang pergi buat haji adalah orang tua. Secara tidak langsung, orang tua biasanya lebih warak dan berpengetahuan ilmu agama. Oleh itu, saya harus belajar secepat mungkin mempersiapkan diri seperti orang lain.

“Sekarang saya dalam proses untuk kembali belajar membaca al-Quran dan perkara lain tentang agama. Saya mengaku, masih banyak kekurangan. Tidak semestinya selepas mengerjakan haji, balik terus boleh jadi ustaz.

“Tidak! Saya hanyalah Nabil yang biasa. Cuma selepas tunaikan haji, saya harus pandai menjaga diri. Jika dahulu, saya hanya dirikan solat yang wajib, sekarang saya kena rajin buat solat sunat dan perkara lain yang boleh mendapat pahala tambahan,” ujarnya membuka bicara.

Berbicara soal menunaikan haji pada usia muda, Nabil mengaku tidak pernah terlintas di fikirannya dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia 32 tahun. Sangkanya, mungkin dia akan ke Mekah seperti orang lain pada usia yang matang dan lebih berusia.

“Saya memang tidak sangka, sebab mengikut perancangan saya mahu menghantar ibu bapa dan mertua terlebih dulu menunaikan haji. Namun, selepas pulang menunaikan umrah pada Ramadan lalu, saya terus mendapat peluang untuk menunaikan haji. Disebabkan hanya ada satu kuota sahaja, jadi saya pergi seorang diri.

“Sebenarnya, ketika menunaikan umrah pada Ramadan lalu, memang saya ada berdoa agar dipanggil kembali ke Mekah untuk tunaikan haji. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman selama 12 hari di Mekah, wajah Nabil berbunga-bunga. Sesekali dia terdiam, barangkali terimbas kenangan di sana. Baginya pengalaman menunaikan haji cukup indah dan banyak mengajarnya menjadi manusia yang lebih baik.

Melihat sendiri ada jemaah yang berdepan kekangan kewangan dan hanya menjadikan jalan raya sebagai tempat penginapan, cukup menginsafkan dirinya.

“Menunaikan haji banyak mengajar saya menjadi manusia yang lebih penyabar. Secara automatik ia menginsafkan dan membuatkan saya bersyukur dengan kesenangan yang diberikan Allah sepanjang berada di sana. Bayangkan ketika di Mina untuk melontar jamrah, jalan raya yang begitu panas dan jika tanpa alas kaki, memang saya tidak boleh berjalan tetapi jalan itu juga dijadikan tempat tidur oleh jemaah yang kurang berkemampuan.

“Mereka sanggup bersusah payah hanya untuk melakukan ibadah kepada Allah, berbeza dengan kami jemaah dari Malaysia yang bagi saya, boleh beribadah dengan tenang dan teratur. Menyaksikan perkara itu sekali gus menyedarkan bahawa perjalanan saya lebih mudah dan selesa berbanding mereka,” tuturnya.

Momen istimewa


Pelawak Apek merupakan idola Nabil. Dia tidak percaya dapat bertemu Apek buat pertama kalinya di kediamannya pada 2008.

Bagaimanapun, momen paling mahal dan sukar dilupakan Nabil adalah sewaktu melakukan ibadah wukuf di Padang Arafah.

Menurut Nabil, hatinya terusik sewaktu berada di sana kerana Nabi Muhammad pernah berkata bahawa Arafah adalah haji dan haji adalah Arafah. Memahami begitu pentingnya keberadaan di Arafah, Nabil tidak henti berdoa kerana pada waktu itu, umat Islam percaya, Malaikat berada paling dekat dengan bumi.

“Bagi saya, berada di Arafah paling istimewa. Sepanjang di sana, saya tidak henti berdoa. Pelbagai perkara saya minta seperti panjangkan umur ibu bapa, Malaysia kembali aman dan dimurahkan rezeki. Boleh dikatakan, kebanyakan doa saya tentang duit (ketawa).

“Namun, saya tidak minta jalan mudah untuk kaya atau balik Malaysia dengan duit berjuta-juta dalam akaun bank. Sebaliknya, saya minta supaya dimurahkan rezeki dan banyak tawaran kerja. Saya sanggup bekerja keras untuk hidup senang. Bagi saya, duit penting kerana kita dapat tolong banyak orang,” ujarnya berterus-terang.

Disoal apakah yang membukakan hatinya untuk mengerjakan haji, balas Nabil, seorang kenalan yang dikenalinya di gimnasium merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya menunaikan umrah dan haji. Semuanya bermula dengan tawaran menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan lalu. Selesai menunaikan umrah, rakannya meminta pasport untuk ditawarkan menunaikan haji.

Walaupun peluang menunaikan ibadah tersebut hadir secara mengejut, Nabil bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang rakan yang bukan sekadar berkongsi hobi tetapi menjaganya sehingga ke akhirat.

“Mulanya saya terperanjat apabila dia ajak saya buat umrah dan haji secara mengejut. Namun, dia seorang rakan yang baik kerana menjaga saya tentang perkara akhirat.

“Sebenarnya saya sudah lama pasang niat untuk buat umrah, sejak menang program Maharaja Lawak tetapi saya pilih untuk beli motosikal berkuasa besar dan berkahwin terlebih dahulu.

“Bila ada duit, saya hantar ibu bapa dan mertua tunaikan umrah pula. Saya percaya, banyak perkara ajaib boleh berlaku di Mekah. Mungkin berkat doa mereka di sana, Allah temukan saya dengan rakan yang membawa saya ke Mekah,” katanya panjang lebar.

Hidup lengkap

Kini, misi terbesar Nabil adalah mengumpul duit untuk menghantar ibu bapa dan mertuanya menunaikan haji secepat mungkin.

“Berdasarkan pengalaman, menunaikan haji perlu kekuatan dan kesihatan. Saya yang muda pun hampir sakit dan banyak makan ubat untuk kekal sihat, apatah lagi orang tua. Sebab itu, saya mahu hantar ibu bapa dan mertua buat haji selagi mereka masih sihat,” katanya.

Bergelar haji, memiliki keluarga dan kerjaya yang stabil pada usia 32 tahun, Nabil boleh dikatakan seorang yang bertuah. Bagaimanapun tiada siapa tahu, tujuh tahun lepas, dia tidak pernah termimpi untuk memiliki apa yang diperoleh hari ini.

Sambungnya lagi, rakan-rakannya menyifatkan dia sebagai perkara paling ajaib pernah berlaku di dunia.

Masakan tidak, tujuh tahun lalu, seminggu sebelum menyertai program Raja Lawak pada 2008, Nabil yang bekerja sebagai penghantar surat masih melepak dengan rakannya di perhentian bas sambil mengenang nasib masing-masing.

Topik perbualan mereka ketika itu adalah bagaimana mahu kaya. Namun, seminggu selepas itu, Nabil sudah berada dalam televisyen dan menjadi artis.

“Program Raja Lawak mengubah kehidupan saya 180 darjah. Sebab itu, semua rakan saya berkata, perkara paling ajaib pernah berlaku di dunia adalah saya. Bayangkan dahulu, saya penghantar surat yang bergaji RM600 sebulan. Tolak duit motosikal dan beri kepada ibu, tengah bulan saya mesti minta balik duit berkenaan sebab tidak cukup (ketawa). Dahulu juga, saya hidup hari ini untuk esok dan tidak mempunyai sebarang rancangan jangka panjang.

“Sekarang pendapatan berganda dan duit bukan lagi masalah utama. Wajah selalu keluar di televisyen dan perkara itu sangat bertentangan dengan kehidupan saya dahulu,” katanya.

Jelas Nabil, industri hiburan banyak mendidiknya. Dia pernah berada di puncak populariti dan jatuh terduduk kerana kontroversi. Katanya, pengalaman tersebut membentuknya menjadi Nabil hari ini.

Nabil bersyukur kerana kejatuhan kerjaya dan kehidupan peribadinya pada 2010 telah menyedarkan dirinya, bahawa seorang artis tidak akan sentiasa berada di atas.

“Tahun 2010 merupakan zaman kejatuhan saya. Kerjaya dan kehidupan peribadi tidak menjadi. Alhamdulillah, saya cepat tersedar kerana terlalu hanyut dengan keduniaan.

“Saya berfikir, dahulu waktu jadi penghantar surat, hidup sentiasa gembira dan tidak bermasalah. Sebabnya ketika itu, saya amat menjaga solat. Bila jadi artis dan sudah sibuk, perkara yang asas iaitu solat telah saya ditinggalkan.

“Perkara itu amat menyedarkan saya. Apabila saya baiki solat, lama-kelamaan semuanya kembali pada kedudukan yang normal. Kerjaya bertambah baik dan saya bertemu jodoh.

“Saya juga mengurangkan sikap suka berbelanja sesuka hati sebaik berkahwin. Jadi, jika mahu hidup senang, janganlah tinggal solat kerana ia akan buat seorang resah dan hidup tidak berkat,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3nqvtSz00
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 12:45 PM | Show all posts
Edited by abbyhoney at 7-10-2015 12:47 PM

siapa la pulak yg suka2 panggil org yg balik haji dgn panggilan ustaz...pandai2 je lah nabil ni... ingat senang ke nk panggil org dgn gelaran ustaz. Org panggil pak haji je lah... lepas ni sila2 lah mula jaga aurat isteri tu...itu yg paling nmpak depan mata dia. Kalau tidak setiap hari kena tanggung tempias dosa isteri tak tutup aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:51 PM | Show all posts
abbyhoney replied at 7-10-2015 12:45 PM
siapa la pulak yg suka2 panggil org yg balik haji dgn panggilan ustaz...pandai2 je lah nabil ni... i ...

jaga aurat dia dulu..aritu kan blk umrah pastu bercuti dgn family dia slamba je pakai short pant.. ni da blk haji harap byk ah berubahnya..
berubah dr diri dia,,isteri and anak2.. bukan ah berubah sbb takut kena hencap tp berubah sbb ALLAH k..

aku tgk jovian blk haji rilek je pakai short pan yg atas lg dr lutut..aku plak yg malu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:52 PM | Show all posts
oo..ye ke...tak perasan pulak dia pakai short...... nabil2....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:07 PM | Show all posts
Alhamdulillah diberikan kesempatan

Betul lah ckp nabil tu
Haji tu jatuh rukun dah kepada orang yg mampu
Bayangkan kalau dioffer buat haji dengan 1 kuota
Ko pulak dah sah2 mampu....
MMpu dr segi kewangan, bekalan utk waris2 kat malaysia semua
Tetiba ko rasa..eh xnak lak pegi...sbb belum alim,.eh xnak la pegi sbb isteri x pakai tudung..eh xnak la pegi sebab masih kerja kat industri hiburan

So aku rasa keputusan nabil nak g haji tu tepat
Dia pergi pun last minute
Orang lain nak g haji berminggu2 g kursus stiap ari ahad
Rezeki dia dapat pergi umrah n haji..selamat kembali
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
paku_karat replied at 7-10-2015 12:51 PM
jaga aurat dia dulu..aritu kan blk umrah pastu bercuti dgn family dia slamba je pakai short pant.. ...

Bersangka baik, diorang fokus perkara terwajib dalam 5 rukun islam dan 6 rukun iman dulu.. Rukun2 ni yg sebenarnya asas paling wajib ditumpukan dulu.. Bukan setakat luaran nampak sempurna dipandang tapi kosong tak berapa nak ada isi kandungan.. Insap jap haku ni..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2015 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Leb u nabil...pelawak yg bijak menjawab soalan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
comey la bab hujung bulan minta duit balik tu. aku dulu pun sama bil,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 01:44 PM | Show all posts
bijak cara nabil menjawab soalan...

artis pompuan pakai tudung terus jadi ustazah...
kadang2 artis tak mintak.. tapi peminat yang over...
anggap artis tu sesuci embun pagi bila pakai tudung atau balik haji...

kipidap nabil... be a good  muslim to your family dan keseluruhan umat islam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:48 PM | Show all posts
alhamdulillah rezeki nabil dpt wat haji di usia muda..
insyallah... berubah perlahan2 ke arah yang lebih baik....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:59 PM | Show all posts
Okay pertama kali aku baca statement Nabil yang serius, ada pengisian
semoga Nabil terus berjaya dan dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
betul la
wat haji tu kn menunaikan rukun islam
sama la cam posa, solat bagai tu
takde pun kita anggap org yg buat  tu jd pak lebai kn.
tp kalo berjaya buat haji kita mst anggap org tu kira dah mcm lebai warok dah.
masyarakat yg selalu anggap gitu sbb tu ade hok tokleh terima kalo pak haji wat pangai bukan2.pdhal pak haji tu masih insan biasa yg tak maksum pun lepas jd haji.sapa2 pun blh wat haji jika berkemampuan tak semestinya kena jd alim warak dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:10 PM | Show all posts
semoga Allah permudah kan urusan Nabil nk bwk mak ayah & mertua untuk menunaikan haji..
Dah nmpak kematangan Nabil..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:34 PM | Show all posts
aku rase banyak2 pelawak.. nabil punye jawapan agak matured dan tersusun.. bukan main sembrono je.... actually.. bukan setakat pelawak.. ada je artis2 je yg jawapan mcm bodo je....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:37 PM | Show all posts
Edited by d_dalia at 7-10-2015 02:38 PM

first time aku respek kat nabil...lps ni kalo dia dpt ubah bini dia, 2nd time pulak aku respek kat nabil..

tgk je aaron aziz dan hisham hamid tu, boleh je wife masing2 berhijab walau kita rasa dorang urban..bkn nya dorang dah pegi haji pun..lg 1, syarif sleeq tu, nampak je urban tp bini berhijab, sempoi je..tak kisah lah lps berhijab jual tudung ke apa ke..at least yg asas tu dah tertunai..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:49 PM | Show all posts
murah rezeki nabil ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 02:50 PM | Show all posts
Wah! banyak duit Nabil ye, dapat buat Haji masa muda.
Mesti dia pakai package RM50K++++
Tahniah Haji Nabil, semoga dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah, 5rukun islam sudah terlaksana.    terus baiki kekurangan diri.  aku pun teringin dan teringin dan teringin, semoga allah permudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:58 PM | Show all posts
nabil ni bagus..lps menang maharaja lawak, dia masuk kelas bahasa inggeris..dan dia punya lawak pun bkn lah lawak spastik yg merapu-rapu...lawak yg ada pengisian dan kdg2 kita kena fikir luar kotak..
tp rakyat melayu ni tak semua suka lawak sebegitu, lbh kpd lawak mat rempit, spastik, lucah2 yg senang nak faham tak perlu kerut2 dahi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:38 PM | Show all posts
Alhamdulillah...semoga istiqomah nabil. Kipidap..dongibab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.077536 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list