View: 2107|Reply: 0
|
Jenis Sayuran Yang Baik Untuk Bakal Mama
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Tak suka makan sayur? Ha, masa inilah anda perlu makan sayur untuk perkembangan sihat janin anda. Saat inilah anda perlu korbankan segala ketidaksukaan kepada sesuatu.
Sayur sememangnya mempunyai banyak kebaikan. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin seperti zat besi. Jika anda inginkan bayi yang sihat dan comel, anda perlu memilih sayur-sayur ini.
Brokoli dan bayam
Brokoli dan bayam memiliki kandungan vitamin dan nutrisi yang tinggi. Ia kaya dengan vitamin A, vitamin C, vitamin K dan asid folat. Ia sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu.
Kangkung
Kangkung hijau mampu mengubati dan mengatasi diabetes sepanjang anda hamil. Kangkung juga sangat sesuai diambil semasa dalam tempoh penyusuan bayi anda.
Kacang panjang
Kacang panjang kaya dengan dengan vitamin C dan dapat meningkat sistem imun. Ia memliki kalori yang rendah dan mengandungi gizi yang baik untuk si ibu. Kandungan serat pada kacang panjang mampu melncarkan pencernaaan.
Terung
Terung mempunyai asid folat dan berperanan dalam mencegah kerosakan otak bayi dalam kandungan. Terung ungu mengandungi zat besi, serat kalori, vitamin B1, B2, C dan juga protein yang dapat memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil.
Jagung
Jagung merupakan sayuran untuk ibu hamil kerana memiliki vitamin B12 yang mampu mencegah anemia dan juga mempertahankan keseimbangan tubuh. Selain itu, jagung juga mempunyai sumber protein yang membantu dalam membentuk jaringan otot baru. Malahan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh bagi ibu hamil.
CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
| |
|