CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5404|Reply: 31

[Tempatan] Warga Emas Terpaksa Meninggal kn Jenazah Suami Di dlam Hutan Untuk...

[Copy link]
Post time 10-10-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Munah_Sparta at 10-10-2015 11:14 AM

Temui ajal ketika tebang buluh
Mohd Taha Yaacob
10 Oktober 2015


"Saya dapati dia sudah tidak bergerak dan tidak bernyawa, lalu saya ambil keputusan keluar berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk terdekat, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian." - Noriah. Gambar kecil: Ismail

BESUT - Seorang wanita warga emas terpaksa berjalan kaki kira-kira dua kilometer untuk meminta bantuan penduduk kampung selepas suaminya rebah dan meninggal dunia ketika menebang buluh di tepi sebuah ladang kelapa sawit Kampung Padang Buluh, Hulu Besut, di sini, kelmarin.

Wanita terbabit, Noriah Ali, 55, terpaksa berjalan kaki sejauh itu kerana tidak pandai memandu kereta yang dibawa suaminya ke tempat kejadian, sebelum tiba di kawasan penempatan yang terdekat.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 pagi, Noriah bersama suaminya, Ismail Mahmud, 58, bergerak dari rumahnya di Kampung Kayu Kelat, Hulu Besut untuk ke tempat kejadian dengan sebuah kereta bagi tujuan menebang buluh untuk membuat pencucuk sate.

Menurut Noriah, sebelum tiba di tempat kejadian, mereka sempat singgah membeli nasi bungkus di Kampung Gong Duek dan kemudian meneruskan perjalanan ke tempat kejadian.

“Setelah menebang kira-kira tiga batang buluh di tepi sungai berhampiran kebun kelapa sawit, kira-kira jam 12 tengah hari, tiba-tiba suami saya terjatuh dan terus tidak sedarkan diri.

“Saya dapati dia sudah tidak bergerak dan tidak bernyawa, kemudian saya ambil keputusan keluar berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk terdekat, kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian,” katanya.

Noriah berkata, orang awam kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis tidak lama selepas itu.
Menurutnya lagi, suaminya disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

“Kejadian itu amat mengejutkan saya kerana suami tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, walaupun sebelum ini dia memang mempunyai masalah jantung.

“Kami mencari buluh untuk membuat pencucuk sate yang akan dijual di pasar malam pekan Pasir Akar pada malam kejadian,” katanya yang berniaga di pasar malam sekitar Hulu Besut dan mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.
Khaled berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Siasatan pihak polis turut mendapati punca kematian mangsa tidak ada kaitan dengan unsur jenayah ataupun khianat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kata Khaled lagi, mayat mangsa kemudian dituntut keluarga untuk dikebumikan.

sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 11:20 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...kesiannye...haishhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:21 AM | Show all posts
aku nak tanya...umur 50 je dah kira warga emas ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 10-10-2015 11:21 AM
aku nak tanya...umur 50 je dah kira warga emas ek?

eaa lah kot sis seperti yg ditulis kat artikel tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Soltan Johor ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:31 AM | Show all posts
takziah dan al fatihah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk siap kena sambung. Untuk??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Munah_Sparta at 10-10-2015 11:42 AM
qronaldo7 replied at 10-10-2015 11:35 AM
Tajuk siap kena sambung. Untuk??


tajuk pnjang sangat sis..saje jew bikin ummah suspen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantung juga penyebab mak mertua aku meninggal mengejut dua hari lepas..2 hari je admit sepital tkle selamat dah. ;(
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:42 AM | Show all posts
Al Fatihah.. takziah buat keluarga Pn Noriah dan juga rospinki atas pemergian ahli keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:43 AM | Show all posts
insyaallah mati shahid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 10-10-2015 11:41 AM
Jantung juga penyebab mak mertua aku meninggal mengejut dua hari lepas..2 hari je admit sepital tkle ...

inalillah..takziah sis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 10-10-2015 11:42 AM
Al Fatihah.. takziah buat keluarga Pn Noriah dan juga rospinki atas pemergian ahli keluarga.

terima kasih cap..masih sugul seisi rumah..tapi dah smpi waktu kita redha jua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Munah_Sparta replied at 10-10-2015 11:43 AM
inalillah..takziah sis..

Terima  kasih  sis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Husnul Khotimah..senang je beliau wafat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 11:59 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 10-10-2015 11:21 AM
aku nak tanya...umur 50 je dah kira warga emas ek?

TAKRIFAN
Warga Emas.
Merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atasseperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly onAgeing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negaraASEAN.  




rujuk http://www.jkm.gov.my/file/file/pdf/dasar_warga_emas_negara.pdf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
takotnya. takde tanda2 langsung. byk da aku dgr xde tanda2 kalo libat jantung.

few days ago aku g medical checkup. doc cakap jantung aku bengkak. seram btul
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
abimiy replied at 10-10-2015 11:59 AM
TAKRIFAN
Warga Emas.
Merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atasseperti yang dite ...

Thnx..
Mohon reporter tu buat homework

Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah......Al-Fatihah....

Takziah kepada ahli keluarga Makcik Noriah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
abimiy replied at 10-10-2015 11:59 AM
TAKRIFAN
Warga Emas.
Merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atasseperti yang dite ...

Eh 60thn ke atas?
My sis 50 lebih, haritu nk wat passport dpt harga warga emas dah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list