CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6419|Reply: 45

[Dunia] Di halau bini, jutawan jadi gelandangan

[Copy link]
Post time 13-10-2015 08:58 AM | Show all posts |Read mode
TEXAS 12 Okt. - Seorang jutawan, Sharafat Khan, 69, terpaksa hidup seperti gelandangan di luar rumah agam sendiri di Texas, Amerika Syarikat (AS) selepas dihalau isterinya sejak enam bulan lepas.

Isteri ketua pengarah eksekutif sebuah syarikat perusahaan berkenaan, Shahnaz Khan,61, didakwa merampas kunci dan mengunci semua pintu selain menukar mangga kediaman mewah itu walaupun rumah agam yang berharga berjuta-juta ringgit itu milik mereka berdua.

Portal Oddity Central melaporkan, Sharafat hidup dalam serba kekurangan kerana terpaksa makan makanan dalam tin selain tidur di sekitar rumah, di atas rumput atau di bawah pokok dengan hanya berbantalkan simen dan cadar nipis.

Tidak cukup dengan itu, dia juga tidak menukar pakaian sejak enam bulan lalu sehingga menimbulkan kebimbangan jiran-jirannya berhubung kesihatannya.

Lelaki malang itu juga didakwa tidak dibenarkan menerima apa-apa bantuan termasuk makanan dari jiran atau saudara mara sebaliknya terpaksa hidup bersendirian.

Shahnaz yang merupakan seorang doktor turut berang apabila mengetahui beberapa orang jiran tampil memberinya bantuan makanan serta pakaian sehingga meletakkan sebuah papan tanda di luar rumah yang berbunyi seperti berikut;

‘Jika anda mahu memberinya makan, sila bawa dia ke rumah anda. Terima kasih atas simpati anda tetapi jangan bawa apa-apa ke rumah ini’.

Ketika ditemui wartawan baru-baru ini, Sharafat mengaku masih menyayangi isterinya dan berharap hubungan mereka akan kembali baik selain tidak sanggup keluar rumah itu walaupun saudara mara tampil membantu.

“Saya tidak mahu keluar dari rumah saya, ini bukan rumah isteri saya sahaja sebaliknya rumah saya juga. Kami bertengkar tentang isu keluarga sehingga saya dihalau keluar dari rumah.

“Shahnaz tidak mahu menceraikan saya kerana tidak mahu memberikan separuh daripada harta kami yang merupakan hak milik bersama.

Saya juga akan terus tinggal di luar rumah kami sehingga dia sendiri memanggil saya masuk, apa yang dilakukan terhadap saya adalah salah dan saya mahu dia sedar tentang itu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 09:01 AM | Show all posts
perghhhhhhh
bertabah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:04 AM | Show all posts
ciannya...apala salah yg dia dah buat sampai bini bertindak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:14 AM | Show all posts
gila tindakan bini dia!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bodow ada gak..xkanlah xdop cc nk dok hotel
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:15 AM | Show all posts
takut bini ke ape ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2015 09:18 AM | Show all posts
kalau Melayu sinonim dgn nasi kangkang
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:19 AM | Show all posts
setia betul . . omputih nh kalau dah tua makin lama makin setia. . bertabah la yea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 09:26 AM | Show all posts
kata jutawaan......x paham sungguh siapa yg jutawaan sebenarnya ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:35 AM | Show all posts
nononcrux replied at 13-10-2015 01:19 AM
setia betul . . omputih nh kalau dah tua makin lama makin setia. . bertabah la yea

macam bukan omputih je. ada khan tu nama dia.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:48 AM | Show all posts
siti_kus replied at 13-10-2015 09:35 AM
macam bukan omputih je. ada khan tu nama dia.

kemungkinan pakistan acah-acah omputih . . indistan pon sme mereka lbh setia semakin tua usianya. . kalau melayu makin tua makin miang
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:50 AM | Show all posts
nasib la kawin dengan mata duitan..
cuba kawin dengan pompuan melayu..
suami tak bagi nafkah pun redhaaaaaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:53 AM | Show all posts
pompuan kalo ada kuasa cerai camni laaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cinta sejati ni. Kena halau pun xnak pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:02 AM | Show all posts
Hahahaha.... kan nampak tu kenapa Islam letakkan kuasa cerai di tangan suami...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:14 AM | Show all posts
berjaya sungguh si shahnaz ni mengenakan laki dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:42 AM | Show all posts
ni mesti kantoi maen ng pmpn
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:59 AM | Show all posts
ni kategori bodoh ke dah kena nasi tangas ni....

awat la membodohkan diri sendiri...pi lah dok hotel katanya jutawan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:15 AM | Show all posts
apa nk takut sgt ngn bini tu..
gi le jumpa lawyer..tuntut harta sepancarian..
masing2 dpt bahagian
kalau syg jugak kt bini mcam tu..
bertabah lahhh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.118538 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list