KUALA LUMPUR: Walaupun usianya baru menjangkau tiga tahun, namun ia bukan menjadi penghalang untuk si kecil di China ini berbakti kepada ibunya.
Qianqian terpaksa memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sedang sakit, walaupun pada hakikatnya dia sendiri masih memerlukan jagaan orang dewasa.
Kisah Qianqian mendapat liputan meluas media di seluruh dunia selepas Henan TV melaporkan bagaimana dia menjaga ibunya selepas terbabit dalam satu kemalangan September lalu.
Pemandu yang menyebabkan kemalangan itu masih diburu polis.
Ibu Qianqian, Wang Huixian mengalami patah tulang manakala nenek dan datuk kanak-kanak itu maut dalam kemalangan itu.
Bekas suami Wang pula tidak dapat dikesan selepas mereka bercerai beberapa tahun lalu.
Sejak itu, Wang hanya mampu terlantar di atas katil hospital dan semua keperluannya diuruskan anak tunggalnya itu.
Dalam video yang tersebar di laman sosial itu, Qianqian dilihat melakukan tugasan yang biasa dilakukan orang dewasa, seperti menyuapkan makanan dan minuman kepada ibunya, selain membantu membuang najis dan membersihkan ibunya.
Sebuah tabung ditubuhkan oleh seorang pengunjung hospital untuk membantu dua beranak ini melunaskan bil hospital. Setakat ini, ia sudah berjaya mengumpul 6,000 Yuan (RM3,960).
Credit to Astro Awani .... air mata iols mengalir dears selepas meliat bidio nie ... Ya Allah ... permudahkan segala urusan anak ni dan ibu nya ....
kehidupan adalah penderitaan..semua makhluk hidup adalah menderita..walau siapa kamu..kamu kucing..kamu alien..kamu orang paling kaya..semua menderita..kehidupan adalah penderitaan..