CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16520|Reply: 201

[Tempatan] LPT2 ragut 2 lagi nyawa malam tadi ,dah jadi 'kubur' 73 orang

[Copy link]
Post time 19-10-2015 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by changa=famri7 at 19-10-2015 12:12 AM



KEMAMAN – Saat kes enam beranak maut yang berlaku empat hari lalu di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) masih jadi bualan dan kesedihan belum pun reda, satu lagi nahas tragis menimpa empat sekeluarga menyebabkan peneroka dan anak sulungnya maut sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.40 malam tadi di Kilometer 273.9 LPT2 dekat susur keluar ke Plaza Tol Cheneh, iaitu hanya lebih kurang 15 kilometer dari lokasi tragedi meragut nyawa Azaman Ramli, 49, sekeluarga pada Rabu lalu.

Bapa tiga anak itu, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazuani, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan di bahagian penumpang belakang pemandu.

Isterinya, Salimah Ghalam, 51, yang turut parah dan anak bongsu mereka, Hanis Shazizatul, 14, yang mengalami kecederaan ringan pula segera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan segera.

Lebih pilu, tragedi itu berlaku semasa Hasan sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kampung Ibok di Kijal ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru kerana menziarah adik iparnya, Mohd Amin Ghalam, 37, yang melecur teruk akibat insiden belon gas meletup.

Turut menyentuh hati, hari kejadian juga merupakan hari lahir anak kedua mangsa yang ketika insiden berlaku  tidak bersama empat ahli keluarganya itu kerana belajar di Pekan, Pahang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa sekeluarga terbabas melanggar pembahagi jalan susur keluar Plaza Tol Cheneh mengakibatkan bahagian kanan kenderaan itu remuk.

Mohd Amin yang melecur teruk di lengan kiri berkata, kakak dan abang iparnya itu sekeluarga pulang dari rumahnya kira-kira jam 11.15 malam iaitu selepas tamat perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung di televisyen (TV).

Namun pemandu Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) itu sekeluarga kemudian dikejutkan dengan panggilan tidak diduga dan di hujung talian terdengar sayup-sayup suara anak bongsu mangsa meminta tolong.

“Mok Dah…Mok Dah…Tolong, aboh kepit,” itu ayat didengar isteri Mohd Amin sebelum suara itu senyap dan beberapa saat kemudian terdengar suara orang awam di hujung talian yang memberitahu keluarga itu kemalangan di susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Mohd Amin berkata, ketika menonton TV bersama-sama, arwah abang iparnya tidak banyak cakap seperti biasa dan cuma diam seakan mulut terkunci.

“Waktu mahu balik dan undurkan kereta saya sempat jerit padanya ‘Abang Awang tepi sikit’ sebab jalan di depan rumah saya sempit, takut keretanya kena pokok.

“Saya juga sempat tanya dia nak balik ikut jalan mana dan dia bagitahu ikut LPT2,” katanya sambil memberitahu Awang adalah nama panggilan abang iparnya yang juga ketua blok di Peringkat 3, Felda Neram 2. - SInar Harian

.....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt tu keras, sbb tu ex-mb trganu mat said lambat bukak lpt2 ni, org terengganu byk tau cerite, mcm2 kisah seram..ade yg kelakar jugak,suami bwk balik bini hantu sampai rumah,bini betul tinggal kat highway lpt 2, pastu kisah kedai makan ramai org meriah waktu malam kat highway..ngeri uolz,kalu nak pi terengganu better lalu jln pantai keluar kot Jabor lalu cherating sajork
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah..innalilaah...
sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:44 AM | Show all posts
kalau betul tempat tu keras, agaknya kena buat signboard
''anda memasuki zone keras berhantu, sila pandu
pelahan''...

ialah kalau dah asyik accident aje kat area tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cm kes jelapang kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Terowong menora mcm tu jugak..bacelah doa2 sket,pastu bwk slow walaupun kereta power ohh please nyawa lg penting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg laa keras.... Batu.... Drive macam pelesit... Selayaknya dapat cash.... :zz
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:03 AM | Show all posts
selagi memandu ikut perasaan....speed limit x nak ikut..hadap je lah dengan berita sebegini

apapun..takziah diucapkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 01:06 AM | Show all posts
Patut setiap 5km pasang AES... Sekoq2 drive macam syaitan...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Inalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:09 AM | Show all posts
Apa boleh buat, lebuh raya  terok sangat + pemandu yang tak mau ikut peraturan jalan raya. Tapi hantu juga yang di persalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:10 AM | Show all posts
Edited by Changa at 19-10-2015 01:33 AM
kelapaparut replied at 19-10-2015 12:41 AM
Tmpt tu keras, sbb tu ex-mb trganu mat said lambat bukak lpt2 ni, org terengganu byk tau cerite, mcm ...

dah alang2 itu smapai gombak lencong sikit ke batu caves boleh singgah sembah berhala besar kat sana kejap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:11 AM | Show all posts
Dah ko drive macam setan... Sib baik org lain x jadi mangsa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:12 AM | Show all posts
Acong replied at 19-10-2015 01:06 AM
Patut setiap 5km pasang AES... Sekoq2 drive macam syaitan...

bila akak cerca bangsat2 ini ada pula yang sentap padahal kan elohim itu maha adil/ terus cash kan mereka2 ini.
tak payah nak tunggu hari akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah... Jgn bawak keta laju sgt malang tidak berbau..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 19-10-2015 01:12 AM
bila akak cerca bangsat2 ini ada pula yang sentap padahal kan elohim itu maha adil/ terus cash kan ...

Syukur pd elohim sbb kereta depa tak terbabas pi langgar org lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik kereta pprt xyah la fefeeeling naik binatang suchi buraq sis...ujung2 haus jah diaidil fitr.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:27 AM | Show all posts
Changa replied at 18-10-2015 05:10 PM
dah alang2 itu smapai gombak lencong sikit ke batu caves boleh sembah berhala besar kat sana.




Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:30 AM | Show all posts
Acong replied at 19-10-2015 01:00 AM
Mmg laa keras.... Batu.... Drive macam pelesit... Selayaknya dapat cash.... :zz

LPT2 itu mostly memang straight dan landai jah, memang la sedap bangsat2 ini memecut, ujung2 pakat2 mampus saban hari.
selayak nya lah, elohim itu maha adil.
selain akak yang selalu doakan kematian mereka, akak syak ummah lain yg pun selalu doa macam akak jua.
selayak nya lah, elohim itu maha mendengar. puas hati akak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...huh ngerinya tgk keta remuk hancur teruk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061989 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list