CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17384|Reply: 241

[Tempatan] PM Najib : Jika tol tidak naik, BR1M akan berkurang

[Copy link]
Post time 19-10-2015 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cancer_files at 19-10-2015 07:10 AM
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.

Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), lapor Astro Awani.

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

"Gerakan mahu saya meningkatkan harga BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Mengulas lanjut, Najib juga berkata peningkatan kos sara hidup yang turut berlaku di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan peningkatan kos adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan lagi.

"Saya tanya Tan Sri Koh Tsu Koon (bekas Menteri Besar Pulau Pinang) apa dah naik di Pulau Pinang? Dia kata tarif air sudah naik, kos pembangunan naik, harga tempat parkir pun sudah naik. Jadi, di Pulau Pinang, dan Selangor, kos pun naik juga," kata Najib.

Terdahulu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata parti itu masih menyifatkan BR1M adalah satu pemberian yang tepat bagi meringankan beban rakyat.

"BR1M ialah seperti skim-skim yang turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong. Malah Gerakan menggesa supaya BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan mengawal dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup," kata Siew Keong dalam ucapan aluannya dalam persidangan yang sama.

Beliau turut mencadangkan semua isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan diberikan potongan cukai bagi bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sama seperti potongan cukai untuk insurans, KWSP, dan lain-lain perbelanjaan.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jika-tol-tidak-naik-br1m-akan-berkurang-1.441613
jadi...tol naik bukan buat hospital, pengangkutan awam, etc...?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
macik pacik sekalian redha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mansuh brim. Pe susah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:51 AM | Show all posts
tak payah brim pun tak pe..sejak diperkenalkan brim ni..banyak benda yang menyusahkan rakyat jelata..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:55 AM | Show all posts
mse drive td ak tgelak sakan dgr berita.. kalau tol x naik, BR1M kurang..

dh tu selama ni brim tu xdop, tol naik je.

jgn takut2kan rakyat psl brim la jib. rakyat tak heran kalau xde brim janji ko sanggup ke x naikkan tol??


ce jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:59 AM | Show all posts
@bioessence
bodohnya ketua aka tuhan ko
ayat2 gini pun bole kuar dr mulut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 08:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan brim tu duit extra income dr business gomen yg bijak meniaga bg kt pengundi2, rupa2nya cr duit umpanya lagu salleh yakob gali lubang ttp lubang

setakat janji mcm tu pacit tukang kebun sekolah ulu yam pun blh janjikan bulan & bintang klau dia bertanding jwtn piemmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hooiii jibbun!!! Tak sedar ke ko yg menagih duit rakyat.... So skrg ni ko feeling rakyat tagih sgt duit brim ko tu?? Yg ko ambil duit rakyat, gst, cukai, panghapusan sibsidi, tol naik.... Ko taknk ckp??? Phhhhuuuuiiiii ....aku rasa nak lempang je tv bila jibbun keluar tv berucap mcm mabuk todi

Cepat2 la kena sakit jantong

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
bodoh punya jibun... br1m mansuh pon tak hairan, dah la sekupang habuk pon aku x pernah dapat brim tapi duit tol dgn gst aku hari2 kau kutip... lahanat punya pm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2015 08:10 AM | Show all posts
jadi...tol naik bukan buat hospital, pengangkutan awam, etc...?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:11 AM | Show all posts
perosak keturunan bangsa dan negara telah bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:12 AM | Show all posts
tak semua dpt brim...tapi semua bayar tol....

brim tak perlu pun...membuatkan rakyat jadi pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:15 AM | Show all posts
lebih baik hapuskan brim. asal ada kenaikan guna sebab brim. biar kerajaan bn dah x alasan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:16 AM | Show all posts
pening kepala macai
kejap karang pemimpin kata begitu kejap karang kata begini


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:19 AM | Show all posts
harap puak2 pembangkang kumpul stetment bodoh para menteri dan najib yg conflicted  buat poster utk PRU nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dr dulu tun det bangkang bg brim ni tau akibatnye..mmg najib sial n d gang korek sana sini la demi menagih undi rakyat pdhal cina2 yg dpt tu ttp pangkah dap.dtg naik honda..ank beranak pon dpt.bodoh najib ni nk ambik ati rakyat konon.lps tu membebankn rakyat.semoga ko n fmly ko dpt pembalasan secepat mungkinnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:22 AM | Show all posts
hapus kan jer brim tu...
buat apa ko  bagi sikit tapi ko kaut berkali-kali ganda banyaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:23 AM | Show all posts
ooo.. naik tol utk bayar brim ke...
syukur rakyat malaysia hari2 berjihad
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya ugutan nih.....mcm la semua rakyat dapat BRIM dan yg dpt BRIM duk kg tu bayar tol.....gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.576987 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list