CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12639|Reply: 143

[Tempatan] Rakyat telah boleh terima GST-Ahmad Maslan

[Copy link]
Post time 20-10-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 20-10-2015 01:15 AM

Rakyat telah boleh terima GST-Ahmad Maslan
October 18, 2015

Mereka tidak lagi marah kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu meningkatkan pendapatan



ALOR SETAR : Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST kembali kepada mereka dalam pelbagai bentuk.
Kerajaan katanya perlu memperbanyakkan program meningkatkan pendapatan rakyat dengan menggunakan dana hasil kutipan GST sebelum ini bagi membuktikan kerajaan mengembalikan hasil cukai itu kepada rakyat semula.
“Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.
“Program seperti e-rezeki dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2015 peringkat Zon Utara.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat pada pembentangan Bajet 2016 Jumaat depan.
BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 08:15 AM | Show all posts
aikkkkkkk..manyak senang ko nexr stetment,....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
WTF? Still high nampaknya si mat selan ni. What choice do we have? Mengamuk depan kaunter x mau bayar GST?
Mana hasil gst? Propa ja lebih
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:21 AM | Show all posts
Syukur... Pakcik ahmad muncul lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:24 AM | Show all posts
dia ni kan bodo x yah layan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:28 AM | Show all posts
wahhhh......ko buat kajian kat rakyat mana satu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2015 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan boleh terima...x larat nak hangin dah..takdak choice...bahlol punya menteri
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:45 AM | Show all posts
Jap lagi dia pon konar balik cakap "Saya tak penah keluarkan statement macam tu... Ada orang lain menyamar jadi saya bertujuan untuk memburukkan reputasi saya..."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 08:47 AM | Show all posts
Ehhh helloo tambi...rakyat ada pilihan ke nak tolak gst?? puiiiiiiiiiii sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:50 AM | Show all posts
Betol ke rakyat dah tak marah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:57 AM | Show all posts
Ni mana punya kajian kata rakyat tak marah?...
tetiba pepagi ni aku plak yang hangin tengok statement2 yang membebalkan  mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:59 AM | Show all posts
Tak marah kepala hotak luuu!! Kena PAKSA terima.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
nk x nk kena terima knnnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:13 AM | Show all posts
nak buat macam mana, dah buat ape2 pon kene GST, bukannya ada pilihan pon... kene la hadapi gak, huhu... hayoo setaikment~~~
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ahmad maslan teruskan berkairya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:26 AM | Show all posts
@penjejak_awan
ko da pi mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 09:32 AM | Show all posts
Ni mmg ngok... terpaksa terima la ngok. Melainkan lepas ni bila masa nak PRU akan ada parti politik kata bahawa mereka akan hapuskan GST jika memerintah... itu pun bukan senang sebab melibatkan Akta yg perlu dibentang kat parlimen dan tentu ambik masa yg lama. Silap2 dah PRU kembali.

PR/harapan Baru ke, takkan jadikan ianya manifesto pun. Sumber yg tetap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama mcm najib....hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:38 AM | Show all posts
Sabar je lah dgn statement dia ni... vongoks sgt.. rakyat terpaksa mengadap GST ni... meluat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:39 AM | Show all posts
isu GST pada asalnya sekadar dipolitikkan
secara berlebihan

bila yang mainkan politik
dah alih tumpuan kepada modal lain
macam 1MDB, maka hilanglah viralnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
prateek dalla
akku7887fdprateek dalla
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji bol lala
akku7887fdbhatt ji bol lala
Views : 1616 Replies : 0
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 11990 Replies : 6
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 33648 Replies : 9
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36803 Replies : 72
travel
c.arlos.adaru.stravel
Views : 3739 Replies : 0
travel
c.arlos.adaru.stravel
Views : 3740 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 12703 Replies : 12
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277858 Replies : 1520

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059744 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list