CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2956|Reply: 24

[Jenayah] Polis Cekup Pengawal Keselamatan Pecah Masuk Pejabat Kerajaan Di Putrajaya

[Copy link]
Post time 21-10-2015 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Polis Cekup Pengawal Keselamatan Pecah Masuk Pejabat Kerajaan Di Putrajaya     
Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 6:42 PM


                                               (Ubah saiz teks)         

PUTRAJAYA: Sebanyak 23 kes pecah pejabat kerajaan di Putrajaya antara Ogos dan Oktober tahun ini, terungkai dengan tertangkapnya tiga pengawal keselamatan pada 10 Okt lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Mak Pak Chuai berkata ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 30-an itu, ditahan ketika cuba menceroboh bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5.
Tiga suspek terbabit bersembunyi dalam bangunan itu apabila menyedari kehadiran polis yang datang untuk memeriksa premis berkenaan setelah menerima laporan pada 3.50 pagi, 10 Okt lepas, dan mereka diberkas kira-kira 11 pagi di kawasan berhampiran, katanya.
Pada sidang media di IPD Putrajaya hari ini, Mak berkata ketika disoal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam 23 kes pecah pejabat kerajaan.
  


"Hasil siasatan mendapati suspek biasanya menjalankan kegiatan jenayah mereka selepas waktu kerja iaitu pada waktu malam," katanya.
Turut dirampas daripada suspek, antaranya 21 unit telefon bimbit, lima tablet, satu unit projektor, dua notebook, tiga jam tangan dan dua kenderaan.
Mak berkata polis percaya suspek pernah bekerja di bangunan-bangunan kerajaan yang mereka ceroboh sebelum ini.
"Modus operandi mereka kelihatan seperti mahir dengan segala selok belok dan jalan keluar," katanya, sambil menambah seorang daripada tiga suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.
Mak berkata ketiga-tiga suspek itu kini direman sehingga esok.
Dalam pada itu, Mak berkata polis Putrajaya turut menyelesaikan beberapa kes jenayah yang dilaporkan dalam bulan Oktober, membabitkan dua kes curi motosikal, satu kes curi kereta dan samun bersenjata.-Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak curi per bang? Kertas soklan peksa ker?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
aduhai tenaga kerja tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:45 AM | Show all posts
apa? kawasan naungan firaun piramid pun ada manusia yg berani buat jahat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:45 AM | Show all posts
2 buah kenderaan jugak derang sapu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:49 AM | Show all posts
dlm bangunan kerajaan pon ade peti cash. sesetengah tempat ade tabung derma mcm tabung derma gaza.

tp selalunya dorg ni curi brg2 komputer mcm laptop, lcd...ada gak yg curi tv lcd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 09:07 AM | Show all posts
dept. iolss salah satu yang telah dipecah masuk  

harapnya dpt balasan yg setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:21 AM | Show all posts
harapkan guard, guard mencuri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ang pa ni x da jiwa pencuri, pejabat kerajaan mcm2 ada. sedangkan tabung masjid pun org sapu,ni kn plak pejabat kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:43 AM | Show all posts
isk3...

keji betul...

apela hamjad sgt nak mencuri plk...

ini semer salah jibby la ni...

kos sara hidup meningkat katanye..

org dah bg keje, keje la elok2 bang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:45 AM | Show all posts
Ada jugak simpan henfon, tablet kat ofis???

Nak sorok dari spouse kerr.. bebalnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 09:45 AM | Show all posts
nnt ambik bangla keje korang meroyan
dah bagi local kerja ini lah jadinya
anjing dan babi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:20 AM | Show all posts
ni la perampok yg amek duit collection jamuan opis aku.. sesedap rasa aje merampok.. semoga insaf
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:24 AM | Show all posts
"Modus operandi mereka kelihatan seperti mahir dengan segala selok belok dan jalan keluar," katanya, sambil menambah seorang daripada tiga suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.


ade rekod jenayah sebelum ni?? x tapis ke sejarah hidup diorg ni b4 ambik bekerja????????


baideway bangunan tu ape yg nak dicurinya? kertas preksa anak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kertas peksa kat LPM la..bukan kat KPM
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:32 AM | Show all posts
pengawal keselamatan suatu
bidang yang sangat penting

orangnya perlu dipilih betul2
dan diberi kelebihan yang banyak
terutamanya imbuhan

masalahnya di malaysia, ia diambil mudah
dan disalah anggap sebagai
'asalkan ada'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 10:33 AM | Show all posts
pagar karat nh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:45 AM | Show all posts
harapkan guard tapi guard itu sendiri buat hal...semua orang tak boleh dipercayai
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:45 AM | Show all posts
chinta89 replied at 21-10-2015 10:24 AM
"Modus operandi mereka kelihatan seperti mahir dengan segala selok belok dan jalan keluar," katanya, ...

barang-barang ofis la kot.
kalau nasib baik, ada staff tinggalkan barang berharga.

kertas periksa susah nak jual

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:09 AM | Show all posts
dizek: pengawal keselamatan suatubidang yang sangat pentingorangnya perlu dipilih betul2dan diberi kelebihan yang banyakterutamanya imbuhanmasalahnya di mala ...


betul dizek, macam kena lak dgn najib khennn...orangnya perlu dipilih betul jgn diambil mudah
dan disalah anggap sebagai
'asalkan ada'
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068142 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list