Oleh Adib Za
Dahaganya! Teringin pula minuman coklat yang sejuk! Starbucks? Idea yang bagus juga kan?
Tapi, apa kurangnya jika anda lakukan sendiri, home made style!
Bagi anda yang gemar menyediakan sendiri, bolehlah mencuba resipi Double Chocolate Chip Frappuccino ala ala Starbucks ini.
Hanya beberapa bahan sahaja, anda pasti terkejut dengan hasilnya nanti. Gabungan coklat cip dan juga sirap coklat memang membuatkan minuman ini 'meletop'.
Ditambah dengan resipi rahsia, ekstrak vanilla, menambah rasa harum dan lemak pada minuman ini. Jom lihat video di atas!
Bahan-bahan:
1 cawan ais
1 cawan susu
1 sudu ekstrak vanila
3 sudu sirap coklat
3 sudu coklat cip
(Sumber foto: popsugar)
|