View: 1964|Reply: 12
|
[Tempatan]
Tindakan membuatkan pelatah melatah adalah haram
[Copy link]
|
|
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, adalah haram kepada seseorang yang bertindak membuatkan pelatah menjadi latah hingga mengeluarkan kata-kata tidak elok didengari atau bertindak melakukan perkara yang membahayakan.
"Di sebalik kita ketawa dengan pelbagai kelakar dilakukan oleh pelatah tersebut, kita jangan lupa perbuatan sedemikian boleh mengaibkan individu berkenaan dan agama Islam sendiri," katanya pada akhir kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.
Sementara itu, Mohd Asri yang juga penasihat Masjid Alwi berkata, masjid berkenaan bercadang mengadakan hari terbuka untuk dikunjungi orang bukan Islam bertujuan mendekatkan mereka kepada agama Islam.
Beliau berkata, setiap minggu ratusan jemaah di kalangan umat Islam datang ke masjid tersebut untuk mengikuti ceramahnya tetapi berapa ramai antara jemaah itu yang memainkan peranan berdakwah kepada saudara bukan Islam terutama penduduk berhampiran dengan mengajak mereka mendekati Islam.
"Mungkin ada di kalangan penduduk berkenaan tergerak di hati masing-masing untuk datang ke masjid tetapi tidak berani berbuat demikian kerana takut tidak dibenarkan," katanya.
Mohd Asri berkata, pendekatan yang akan diperkenalkan itu untuk mengelak pengurusan masjid daripada menjadi tohmahan generasi akan datang berhubung peranan dakwah masjid kepada penduduk bukan Islam sedangkan kedudukan masjid di dalam bandar mempunyai ramai penduduk dan peniaga bukan Islam di sekelilingnya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
melatah ni ade sesetengah tu dibuat2 sb nak ajuk. lama2 jd tlekat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahla sj buat org tu melatah amik gambar pulak... kesian m cik2 |
|
|
|
|
|
|
|
ala..bukan susah pun nak buat geng sutun melatah beramai ramai cam sekumpulan anjing kurap lapar..
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang kesian tengok orang kacau orang lain yang melatah teruk tu |
|
|
|
|
|
|
|
jgn main2 dgn org melatah..silap hari bulan, terpacak pisau kt bdn baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
jahat tau sape saje je cucuk
|
|
|
|
|
|
|
|
org eskimo pun melatah juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kelakar tengok org latah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bila melatah trus mengaibkan ugama sis? Kiranya kalau beliyau melatah anything yng diassociate dgn pelatah ittew jdi humiliated lah mengikut ugama maleis...so kalau melatah trus memalukan negeri bansa dan ugama lah kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon kene penyakit melatah tu..rasa malu betulla tersebut benda tut kat depan orang bila tekejut |
|
|
|
|
|
|
|
Mzz pun kadang2 melatah
Statement melatah tu sama ja
Tapi betul..kalau dpt spesis melatah yang angkat tangan, bahaya tau. Kang tak pasal2 ada yang meninggal |
|
|
|
|
|
|
| |
|