Oleh Adib Za
Selesai memasak kadang kala dapur bukan sahaja berminyak, malah berbau pula. Memang kurang menyenangkan.
Kalau tetamu datang, memang malu dibuatnya. Jangan risau, ada cara mudah supaya kediaman anda sentiasa berbau segar.
Rebuskan kulit limau atau oren, juga boleh gunakan lemon. Taburkan serbuk kulit kayu manis bagi menambah keharuman.
Biarkan ia mendidih seketika, jangan terkejut, seluruh rumah anda pasti berbau sangat segar. - CARI Infonet
|