Oleh Adib Za
Bilik air memainkan peranan yang sangat penting dalam sebuah kediaman. Pening juga jika bilik air terlalu kecil atau terlalu besar.
Jika terlalu kecil, tak tahu nak simpan perkakasan di mana, jika terlalu besar, nampak kosong pula.
Jangan risau, berikut merupakan antara idea dan ilham yang anda boleh gunakan untuk memeriahkan lagi bilik air.
Yang penting, ia menjadikan bilik air lebih efisien untuk digunakan dengan pelbagai storan ini. - CARI Infonet
Bakul-bakul dijadikan rak yang memudahkan penyimpanan tuala dan perkakasan bilik air.
Anda juga boleh menggukan kotak kayu lama yang dicat semula untuk dijadikan rak tergantung. Sentuhan lebih rustik dan vintaj.
Melabel bekas untuk perkakasan bilik air memang memudahkan kerja anda nanti. Tampalkan sahaja pelekat pada botol-botol kaca untuk impak menawan.
Jika anda mempunyai rak buku lama, catkan semula dan jadikan rak penyimpanan pelbagai barangan dan tuala. Sangat praktikal.
Ini pula antara idea untuk bilik air yang kecil, tidak memerlukan ruang yang luas untuk menghias dan berfungsi efisien.
Sumber foto: diyncrafts.com
|