CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3219|Reply: 7

Sikap panas baran punca perceraian HALLE BERRY

[Copy link]
Post time 30-10-2015 08:06 PM | Show all posts |Read mode



PELAKON Halle Berry, 49, memfailkan penceraian terhadap suaminya Olivier Martinez selepas dua tahun berkahwin. Pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi pada 27 Oktober lalu.
“Dengan rasa berat hati, kami mengambil keputusan untuk berpisah. Kami akan terus sayang dan hormat antara satu sama lain serta sama-sama fokus melakukan yang terbaik untuk anak kami.
“Tiada yang kami harapkan selain kegembiraan dalam hidup. Kami harap semua menghormati privasi, terutamanya anak kami ketika sedang melalui saat yang sukar ini,” ujar Berry kepada US Weekly.
Berry dan Martinez bertemu di set penggambaran Dark Tide pada tahun 2001 dan bertunang secara rahsia pada 2011. Kemudian berkahwin pada Julai 2013. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, Maceo, 2 tahun.

Pasangan ini minta hormati privasi anak mereka, Maceo.

Menurut satu sumber yang memberitahu US Weekly, sikap pemarah kedua-dua pelakon ini menjadi punca perpisahan mereka. Berry dan suaminya bergaduh besar sebelum membuat keputusan bercerai.
“Mereka bergaduh tanpa henti. Mereka berdua sangat keras kepala. Mereka menjerit dan bergaduh. Ia sangat teruk. Kedua-duanya mempunyai sikap panas baran. Perceraian ini adalah paling pahit buat mereka,” ujar satu sumber kepada US Weekly.
Ini merupakan perceraian ketiga buat Berry. Beliau pernah berkahwin dengan David Justice pada tahun 1993 dan berpisah empat tahun kemudian. Selepas itu Berry berkahwin pula dengan Eric Benet pada tahun 2001 namun hanya bertahan hingga 2005.
Kedua-duanya punya sikap panas baran.


manggaonline




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2015 10:09 PM | Show all posts
filem Dark Tide tu tahun 2010 lahh apa pulak 2001 nye
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 10:12 PM | Show all posts
anyway olivier martinez ni hot lah juga, cuma bila muka mulut, gigi heols haukk sgat esp dalam cite revenge
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 02:48 PM | Show all posts
kalu ai tak silap, dulu Olivier Martinez ni pernah couple dgn Kylie Minogue kn?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ha ah dia pernah couple dengan kylie minogue..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tension kot olivier ni ng kes halle berry dgn ex boyfriend gabriel aubry,,kuar msk mahkamah jerk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
janda hot menjadi rebutan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 12:27 PM | Show all posts
laki dia ni yang berlakon citer SWAT jadi jahat tu kan??? boleh tahan gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.065485 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list