CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3608|Reply: 30

[Tempatan] Warga emas, 60 tahun duduki SPM buat kali keenam

[Copy link]
Post time 2-11-2015 10:24 PM | Show all posts |Read mode

IPOH: Berusia 60 tahun bukan halangan bagi warga emas, Chong Sing Woh menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang daripada 2,667 calon persendirian di Perak.

Beliau yang juga seorang pesara sektor swasta berkata, tahun ini adalah kali keenam menduduki enam subjek teras selepas lima kali percubaannya sebelum ini gagal.

"Saya ingin membuktikan kepada orang ramai usia bukan penghalang bagi sesuatu individu itu untuk berjaya dan melepasi halangan dalam kehidupan.

"Walaupun umur sudah tua tetapi saya memegang prinsip 'belajarlah dari buaian sehingga ke liang lahad'," katanya ketika ditemui pemberita selepas menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang di sini hari ini.

Menurutnya, kegigihan dan kesungguhan untuk terus mencuba melepasi peperiksaan itu wujud selepas rakan sebaya beliau sering memperlekeh taraf pendidikannya.

"Belajar pertamanya untuk dapat ilmu, keduanya untuk baiki diri dan lepas itu berbakti kepada nusa bangsa dan agama. Saya juga ingat kepada kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tidak malu, saya tidak hairan apa orang kata, kata orang tua belajarlah sampai ke negeri China dan dari buaian hingga ke liang lahad," katanya.

Chong berkata, beliau mengulang kaji pelajaran selama dua jam setiap hari bagi memastikan peperiksaan kali ini berjaya dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang Sains Sukan di UPSI.

"Jika percubaan kali ini gagal, saya akan terus mencuba pada tahun hadapan sehingga lulus," katanya yang mempunyai seorang anak berumur 15 tahun.

Beliau mengambil subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sains, Matematik dan Sejarah.

Sementara itu, Muhammad Safuan Abd Rahman, 17, dari SMK Sultan Tajul Ariffin Manong berkata, walaupun terpaksa menerima rawatan lanjut penyakit buah pinggang di KPJ Ipoh Specialist Hospital, beliau tetap menguatkan semangat untuk menduduki peperiksaan itu pada hari ini.

"Saya terpaksa berulang-alik dari Kuala Kangsar ke hospital sejak lima tahun lepas dan dalam seminggu saya perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali.

"Walaupun saya ditahan di dalam wad hari ini untuk menjalani rawatan lanjut tetapi saya yakin saya boleh menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu dengan baik pada hari ini," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

Beliau yang juga anak keempat daripada lima beradik itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa, reda dan berusaha untuk terus belajar sehingga mencapai cita-citanya bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB)seperti arwah bapanya.

"Walaupun ada gangguan sebab tidak dapat belajar seperti kawan-kawan yang lain di sekolah, iaitu cuma tiga kali seminggu sahaja belajar di sekolah tetapi saya tetap bersemangat untuk mengambil peperiksaan hari ini.

"Saya tinggal bersama ibu yang bekerja sebagai penoreh getah dan bapa tiri bekerja sebagai pengawal keselamatan. Alhamdulillah, saya mendapat rawatan di hospital ini dengan duit insurans arwah bapa saya dari TNB," katanya sambil menambah beliau juga meminati bidang katering.

Di Perak, 39,102 calon menduduki peperiksaan itu dengan 2,649 petugas telah disediakan bagi memastikan ianya berjalan lancar dari 2 November hingga 8 Disember. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 10:44 PM | Show all posts
nak ambik sains sukan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:45 PM | Show all posts
Dia  berpegang kepada falsafah dongibab
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:58 PM | Show all posts
you go ankleeee....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:02 PM | Show all posts
tahun depan kali ketujuh pulak...

level sutun ni...

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:06 PM | Show all posts
belajar tu kewajiban sepanjang hayat...usaha usaha usaha ,,,,,,,,,,ekslator kejayaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2015 11:06 PM | Show all posts
Ok le tu tak berputus asa mana tahu tahun ni boleh lulus exam
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:09 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 2-11-2015 11:06 PM
belajar tu kewajiban sepanjang hayat...usaha usaha usaha ,,,,,,,,,,ekslator kejayaan.

dah lima kali gagal.....maknanya dia tak belajar la tu...

main je lebih apek ni...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 11:11 PM | Show all posts
lavasana replied at 2-11-2015 11:09 PM
dah lima kali gagal.....maknanya dia tak belajar la tu...

main je lebih apek ni...

BYK MAIN FORUM
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:12 PM | Show all posts
Selamat maju jaya  dan  saya  kagumi semangat  juang anda  saudara Chong Sing Woh.  hendak seribu daya mahu seribu cara. Semoga terus tercapai cita cita saudara dan menjadi contoh kepada semua.
Muhammad Safuan Abd Rahman, 17 - semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga kesabaran  dan ikhtiar anda beroleh keberkatan dunia akhirat.Selamat maju jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:13 PM | Show all posts
Go Go Uncle...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:17 PM | Show all posts
Waahh... tak mudah patah semangat. go uncle, gooo
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:18 PM | Show all posts

5 spm yg lepas semua markah dia bawah 20%...

ni apek lembam ni...








Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gigih sgt..bgi aku, prkara pling best hbs spm
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 05:31 AM | Show all posts
vodo,  spm utk apa kang,  zaman iols utk lanjut pelajaran form six atau u   ....   kang graduan pun ramai join industri anggur je

spm utk buat org gaji je



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Acong. Seluruh warga CI mendoakan kejayaan anda. Ingat, gagal sekali tidak bermakna anda tak akan gagal lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Acong. Seluruh warga CI mendoakan kejayaan anda. Ingat, gagal sekali tidak bermakna anda tak akan gagal lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
GIgih betul uncle ni
Budak2 skrg, ada peluang pun xnak belajar betul2
Suka memonteng, kalau gi skolah pun, main je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lavasanasini replied at 2-11-2015 11:18 PM
5 spm yg lepas semua markah dia bawah 20%...

ni apek lembam ni...

Biarlah dia nk amik 17kali pun...
Bukan dia pakai duit kau pun....

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:00 AM | Show all posts
Dia kata camtu, but sebenarnya dah ada business juta2. Saja jew sebab bosan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list