Oleh Adib Za
Lama rasanya tak merasa onion rings atau gegulung bawang. Selalunya jika ke kafe makanan segera seperti A&W atau makanan barat baru boleh menikmatinya.
Lebih-lebih lagi dapat cecah sos tomato atau mayonis, memang terangkat habis. Kerangupan dan kemanisan bawang itu memang buat sesiapa tak boleh tolak punya.
Bagi anda yang ingin mencuba, boleh lihat cara menyediakannya seperti video di atas. Selamat mencuba! - CARI Infonet
Bahan-bahan:
Bawang besar
1 1/4 cawan Tepung serbaguna
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu bawang putih
1/2 sudu oregano
1 biji telur
3/4 cawan susu
3/4 cawan serbuk roti
minyak masak
|