CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2897|Reply: 0

Rawatan kemurungan dengan melihat warna hijau

[Copy link]
Post time 4-11-2015 03:40 PM | Show all posts |Read mode



Hijau adalah warna yang paling enak untuk dipandang. Membawa suasana yang tenang dan damai. Warna hijau ini merupakan warna yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Ternyata warna kesukaan dari Nabi SAW ini mempunyai khasiat tertentu. Yakni dapat menjadi ubat bagi kesihatan kita.

Ada cara yang sangat moden untuk rawatan kemurungan iaitu rawatan dengan melihat dan memerhatikan warna-warna semula jadi iaitu warna hijau. Dan bahawasanya melihat selama satu jam setiap hari pada pokok-pokok dan bunga-bunga dan warna-warnanya yang hidup merupakan cara yang sangat berkesan untuk merawat kemurungan, kekecewaan dan pelbagai keadaan psikologi.


Ini dapat kita temui dalam firman Allah;
وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ

"Dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah," (QS. an-Naml: 60)



Marilah kita renungkan mengenai hubungan yang sangat indah antara kata (kebun) dan kata (indah), di mana para penyelidik mengatakan bahawa dengan melihat ke taman-taman akan menumbuhkan kegembiraan di dalam jiwa. Hal tersebut, ternyata telah terlebih dahulu disampaikan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya itu.

Maha suci Allah yang telah mencipta keindahan di alam dunia. Tak ada satu pun dari ciptaan-Nya yang tidak mengandungi manfaat. Segala apa yang Allah ciptakan terkandung manfaat yang begitu besar bagi kita. Dan Allah telah menjelaskan mengenai itu semua di dalam kitab suci al-Quran.
[Islam Pos   / kaheel7]
SubhanAllah .......



unikversiti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.476983 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list