CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3250|Reply: 9

[Tempatan] Mayat wanita ditemui lengkap berpakaian di Tangkak

[Copy link]
Post time 4-11-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mayat wanita ditemui lengkap berpakaian di Tangkak
4 November 2015



TANGKAK - Mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian ditemui seorang pekerja SWCorp ketika sedang memesin rumput di Jalan Belading-Bekoh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata mayat wanita terbabit yang dianggarkan berusia 40-an, ditemui pekerja itu pada 8 pagi di bahu jalan berkenaan iaitu berdekatan rumah anak yatim Persatuan Sri Sakhti, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Mayat wanita itu berpakaian gaun separas lutut berwarna coklat dan kuning tanpa kasut atau selipar. Mayat wanita ini juga sangat kurus dan cengkung selain rambutnya separas bahu dan kita percaya perempuan ini sudah meninggal dunia lebih 24 jam," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata siasatan awal polis tidak menemui sebarang kecederaan luaran dan mayat dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan punca kematian masih dalam siasatan.

Sehubungan itu orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh hadir ke Hospital Tangkak untuk membuat pengecaman.

Sementara itu, seorang pemandu lori, Toh Siew Lan, 67, maut selepas lori yang dipandunya terbabas akibat dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan di Kilometer 7, Jalan Muar-Segamat, semalam.

Mohamad Salleh berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, lori mangsa dilanggar sebuah kereta dari arah belakang dan mengakibatkannya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

"Mangsa yang cedera parah di bahagian dada dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar namun meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata pemandu kereta itu pula cedera di kepala dan dirawat di Hospital Pantai, Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta langgar lori, driver lori yg meninggal?  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:09 PM | Show all posts
lori yang kecik tu je kut ni...
lori pickup ke haper..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita skang punyalah xde idea nk tulis sampai dua berita dlm satu headline
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:09 AM | Show all posts
kena rogol ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:43 AM | Show all posts
tak faham sangat berita nih .. ke?  dua kejadian berasingan ..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 10:07 AM | Show all posts
ermmmmmm......ramai betul mati skang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 12:45 PM | Show all posts
jimat space, tu baru 2,
lum lagi 3 cerita dlm 1 bahagian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 06:22 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 4-11-2015 08:14 PM
Kereta langgar lori, driver lori yg meninggal?

Mohamad Salleh berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, lori mangsa dilanggar sebuah kereta dari arah belakang dan mengakibatkannya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyawa manusia semakin murah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.043006 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list