|
Oleh Izzah Abbasy
Sebagai ibu bapa bukan sahaja harus malahan mesti bijak mencari sesuatu yang boleh mengajar anak mengenal benda, binatang dan segala yang ada di sekeliling.
Jadi, bagaimana ingin memperkenalkan kepada mereka? Adakah dengan menyebut sahaja anak-anak boleh memahami apa yang dikatakan?
Sudah tentu tidak. Jom, pelajari buat boneka tangan atau hands puppets ini. Boneka tangan adalah salah satu cara yang paling mudah untuk proses pelajaran anak-anak. Malah, ia boleh dijadikan sebagai bentuk hiburan yang kreatif tapi penuh dengan keilmuan.
Dengan boneka tangan, ibu bapa juga boleh memujuk anak-anak yang merajuk mahupun mengamuk. - CARI Infonet
|
|