CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39617|Reply: 139

Pelakon, Ardell Aryana nafi bercinta dgn Dato..Tapi, Dato dah kawin dgn Adira

[Copy link]
Post time 5-11-2015 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by d_dalia at 18-12-2015 07:02 AM

Nafi bercinta dengan suami orang

Baru hendak mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, pelakon Ardell Aryana sudah mula diulit kontroversi apabila dikatakan bercinta dengan penerbit bergelar Datuk yang juga suami orang.
Difahamkan, ada peminat terserempak dengan pelakon berusia 25 tahun ini bersama lelaki terbabit bercuti di satu destinasi pelancongan popular di utara tanah air.
Melihatkan gambar kemesraan mereka, pastinya pelakon utama drama Wadi ini sudah lama bercinta dengan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, Ardell ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menjelaskan dia hanya memfokus kepada bidang seni buat masa ini.
Ketika ditanya mengenai kesahihan gambar itu, Ardell menafikan lelaki terbabit kekasihnya dan mereka berjumpa ketika itu hanya untuk berbincang mengenai lakonannya dalam drama terbitan lelaki itu.
“Tujuan kami untuk berbincang soal kerja dan bukannya ada tujuan lain. Saya mengenalinya ketika beliau baru membuka syarikat produksinya. Sebelum ini beliau pernah tawarkan saya berlakon dalam drama terbitannya, tapi kerana dah terima tawaran lain terpaksalah saya menolak. Walaupun tak jadi berlakon, hubungan kami masih berterusan sebagai kawan,” katanya.
Ardell berkata, dia tidak pernah mengenali peribadi Datuk itu dan tidak tahu beliau sudah mempunyai isteri.
“Seperti saya katakan tadi, kalau berjumpa kami tak pernah cerita hal peribadi dan lebih terarah kepada kerja. Itu sebabnya saya tak tahu pun dia sudah berkahwin, tapi saya tak kisah kerana kami hanya berkawan dan bukannya bercinta,”katanya.
Menurut Ardell, dia ada prinsip dalam karier iaitu untuk mencari pendapatan dan tak pernah terfikir nak rampas suami orang.
“Saya tahu kesusahan seorang wanita apabila ditinggalkan suami. Contohnya ibu saya sendiri ditinggalkan suami ketika saya berusia sembilan tahun.
“Itu sebab seboleh-bolehnya saya akan mengelakkannya. Cuma saya suka berkawan dengan Datuk itu kerana dia tidak seperti segelintir lelaki lain yang gatal dan suka mengambil kesempatan.
“Saya menghormatinya kerana pada usia muda sudah mendapat gelaran Datuk. Beliau juga seorang yang terpelajar dan cukup profesional ketika berurusan. Apa yang saya nampak beliau ada banyak perancangan untuk masa depan saya. Saya senang berkawan dengannya kerana beliau seorang lelaki yang baik, pemurah dan senang dibawa berbincang,”katanya.
Diusik persoalan mengenai lelaki idamannya, pelakon bernama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini mengakui sukakan lelaki yang lemah lembut dan tidak panas baran.
“Buat masa ini biarlah saya fikirkan kerja daripada bercakap soal jodoh. Sampai masanya ia akan datang sendiri nanti. Saya sekarang terlalu sibuk dengan penggambaran sampaikan masa untuk memanjakan diri sendiri pun tiada.
“Selepas habis drama Wadi, saya kini terbabit dengan penggambaran drama Anak-anakku Diva terbitan syarikat Sheila Rusly untuk slot Dahlia di TV3. Selain itu, filem pertama saya berjudul CCTV baru saja ditayangkan di pawagam baru-baru ini dan sambutannya tak mengecewakan,” katanya.




GAMBAR kemesraan Ardell dengan dengan lelaki terbabit.






sumber: harian metro



ps: alasan cliche. pergi bincang pasal kerja kat pulau. tp lagak mcm org tgh bercinta.

siapa penerbit muda lelaki bergelar Datuk dan dah beristeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh siap diulit dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:23 AM | Show all posts
yg pkai tudung tu mcm muka bini izzue islam versi pakai tudung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2015 09:23 AM | Show all posts
nama nurul hidayah..sedap..tp terus tukar ardell aryana..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:25 AM | Show all posts
fefeeling Audrey Hepburn sangat dengan topi besar cegitu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:26 AM | Show all posts
Edited by putehkundor at 5-11-2015 09:29 AM

moga adele aryana dan datuk muda itu bertaubah.

gambar tu mcm scene drama/film jah

sbb very the crystal clear...ntah2 saja create kontroversi kot...
pandai2 jah kak teh fitnah khuennn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Isap vape jugak.....urban nye.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:26 AM | Show all posts
d_dalia replied at 5-11-2015 09:23 AM
nama nurul hidayah..sedap..tp terus tukar ardell aryana..hahaha

serius nama betul dia nurul hidayah????

pehal tukar jadi ardell aryana? aiyeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 laa..mcm tue ke bincang pasal kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:30 AM | Show all posts
seksinya.... xla hot pun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:30 AM | Show all posts
klu dh berpakaian sexy cmtu xkan setakat bt keje
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pkai spasang ijau, laki tu pun brsuar ijau..cam hneymoon gitu.. wht de hek xtau laki org, syial sgt jwpn ko dek.. mekap skati cam belakon jek, gambr pun very clear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2015 09:35 AM | Show all posts
budakmanentah replied at 5-11-2015 01:26 AM
serius nama betul dia nurul hidayah????

pehal tukar jadi ardell aryana? aiyeeeeee

Diusik persoalan mengenai lelaki idamannya, pelakon bernama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini mengakui sukakan lelaki yang lemah lembut dan tidak panas baran.




huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2015 09:37 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 5-11-2015 01:35 AM
pkai spasang ijau, laki tu pun brsuar ijau..cam hneymoon gitu.. wht de hek xtau laki org, syial sgt  ...

setakat pulau dlm malaysia ni, byk lah mata memandang walau mekap sekati pun tetap org kenal..lepas tu buat alasan tak tau laki tu dah beristeri padahl dah kenal lama dari awal2 laki tu bukak produksi..lepas tu boleh pulak puji laki tu lebih2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju je seksi tapi xnampak seksi pon.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:38 AM | Show all posts
ntah ntah scene drama jah, persis gossip Kamal Adli ditampar Fatimah Rohani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 09:42 AM | Show all posts
tak pakai seksi kan nmpk lebih manis...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:54 AM | Show all posts
isap vape jgak ke nurul hidayah nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:54 AM | Show all posts
teruknye pompuan baju hijau kat gmbr last tu.. tebal nye makeup...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:55 AM | Show all posts
lena diulit datuk nama nya.. haih mcm2 pelakon baru zaman sekarang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.079333 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list