CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7603|Reply: 32

Kisah Watak James Bond Yang Anda Perlu Ketahui?

[Copy link]
Post time 5-11-2015 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto : internet



Sejak bermula dari tahun 60an, filem bersiri 007 James Bond yang diadaptasi daripada novel terkenal Ian Fleming, sehingga hari ini sebanyak 24 buah filem telah diterbitkan dengan watak James Bond yang terdiri daripada 6 generasi.


Akan tetapi, pernah tak anda mengira atau memikirkan, dari James Bond generasi pertama iaitu Sean Connery sehingga ke George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Bronson dan yang terbaru Daniel Craig.


Watak James Bond yang dilakonkan oleh siapa yang membunuh paling ramai musuhnya, yang memiliki paling ramai 'Bond Girl', minum paling banyak gelas minuman arak Martini?




Susulan siri terbaru filem James Bond :< Spectre > mula ditayangkan, Akhbar di UK iaitu Mail Online telah melakukan statistik yang menyeronokan.



sumber foto : internet



Hasil keputusan statistik yang dilakukan jelas menunjukan Pierce Bronson merupakan  "James Bond yang paling kejam" , secara purata dalam setiap filem seramai 21.25 orang musuh telah dibunuh. Tempat kedua pula adalah Daniel Craig dimana setiap filem secara purata telah membunuh seramai 12.66 orang musuh.


Dalam pada itu, watak James Bond yang paling bahagia dan sering didampingi ramai 'Bond Girl' adalah George Lazenby, setiap filem secara purata mempunyai 3 orang Bond Girl.


Seterusnya adalah Sean Connery secara purata setiap filem terdapat 2.66 orang Bond Girl.


George Lazenby bersama Timothy Dalton, Pierce Bronson, Daniel Craig berada dalam kumpulan yang watak James Bond yang kuat minum arak Martini, secara purata dalam setiap filem minum segelas.


Wajar dinaytakan, watak James Bond terbaru lakonan Daniel Craig boleh dianggapkan sebagai James Bond yang kurang berfoya-faya. Dalam 3 buah filem James Bond sebelum ini ( tidak termasuk Spectre), dalam setiap filem secara purata hanya mempunyai 1.33 Bond Girl, antara James Bond yang satu-satunya secara purata memiliki tidak melebihi 2 orang Bond Girl dalam setiap filem.



sumber foto : internet



Sebelum ini, dalam satu temubual bersama Majalah <Time Out> dari Bitish, Daniel Craig memberitahu Spectre akan merupakan filem siri James Bond lakonan nya yang terakhir, selanjutnya dia nak bergerak ke hadapan dengan kerja lain.


Masa kini, ramai orang mula membuat spekulasi, siapa akan merupakan James Bond yang bergenerasi ketujuh?


Walau bagaimana pun, siapa sekali pun menggantinya, Daniel Craig tetap memberi nasihat buat bakal penggantinya, iaitu "Jangan Memburukkan!" ( Don't be shit ! ).









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 01:00 PM | Show all posts
Pierce Bronson bond paling disukaiiii ~~
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:08 PM | Show all posts
comel91 replied at 5-11-2015 01:00 PM
Pierce Bronson bond paling disukaiiii ~~

Ha ah.. sbab aku generasi filem dia... dan James Bond tu cam kena sangat dengan dia..Tak la kata lain tu tak ok tapi dia yg paling ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:17 PM | Show all posts
Pierce Brosnon yang paling best .. watak Bond tu seakan sesuai dengan dia ..

Bond yang lain sebelum dia x menyerlah sangat .. maybe sebab zaman tu sama ..

danial craig for me is the "worse" Bond ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:27 PM | Show all posts
saya pon suke bond pierce brosnan sebab start tgk bond zaman die, so auranya lagi menyerlah dan die nampak macho...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:28 PM | Show all posts
Tapi kalau Bond tahun 70an hingga 80an, memang banyak pompuan dia main. Waitress, secretary sampai ke pompuan penjaga kuda pon dia romen.Kalau dah balik opis dia beromen dengan MoneyPenny pulak !err....TT
pa-apa pun matlamat nukilan hari ini ialah boleh tak?!...TT dpt berikan 9 Sebab mencabap ngapa mlayu Tidak Boleh Jadi James Bond.,,..cer ceter

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2015 01:29 PM | Show all posts
aku pun suka pierce b tu gak..
danial ni mcm xbest. xlayan sgt pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:37 PM | Show all posts
beckham jadi next bond boleh? hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pierce brosnan tu paling sesuai kan. Yang bond baru ni macam tak berapa sinonim ngan wtaknya. Heroin pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 02:15 PM | Show all posts
malaysia tak nak popularkan balik watak Jefrey zain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 05:16 PM | Show all posts
sean connery bond paling gatai....(yeke?)..hhahahahahahaha...muka miang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
I harap bond seterusnya milo ventimiglia .. haaa kurus jeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 07:57 PM | Show all posts
James Bond gatal orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 08:03 PM | Show all posts
Walaupun ramai kurang suka Daniel, tapi wataknya lebih realistik sebab filem James Bond versi zaman beliau lebih gelap jalan ceritanya. Kalau dibandingkan dengan filem versi lama, nampak sangat kartunnya.

Serupa filem Batman zaman 80an lakonan Michael Keaton sehingga ke George Clooney. Jalan cerita macam Batman lawan raksasa Power Ranger jer. Jalan cerita pun sangat boring and predictable.
Cuba tengok Batman lakonan Christian Bale, nampak kelainannya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 08:06 PM | Show all posts
daniel craig the best bond ever. full pakej,lengkap dgn karismanya,scene yg ada stunt selalunya dia buat sendiri. kalau pierce brosnan, mcm terlalu bersih sangat imejnya. baru lepas bergasak,baju dan mukanya tetap nampak kemas,mcm terlalu jaga imej. boring la kalau time dia jadi bond.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 5-11-2015 08:03 PM
Walaupun ramai kurang suka Daniel, tapi wataknya lebih realistik sebab filem James Bond versi zaman  ...

Setuju dgn spidey. I love Daniel Craig & Christian Bale. I love Pierce Brosnan too
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 10:28 AM | Show all posts
aku suka daniel craig jadi bond
tapi aku tak pernah abis tgk movie bond masa zaman dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:57 AM | Show all posts
hakak suka jah daniel craig..nyum3...smart...dan nmpk lebih realistik...xberapa nak berpoya..tp dlm spectre main dgn 2 org...1 org xsempat...

pierce brosnan xske sgt...ntah xtahu nape...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemegang watak James Bond telah pun di pilih,  sila rujuk @british GQ website... The Winner for Next New James Bond, Luke Evans.. Bleh tahan juga pelakon ni antara filemnya Dracula Untold, No One Lives, High Rise (2016), Fast &Furious 6... Dan banyak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 06:26 PM | Show all posts
pierce brosnan is the best...
but for me danial craig is more realistic better then the others
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.249928 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list