CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42990|Reply: 316

Baju Pengantin Anganku Musnah -Lana Nodin

[Copy link]
Post time 8-11-2015 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bini_fl at 9-11-2015 11:08 PM

(Kalau dah ada yg tepek tolong padam ya)
Baju ini sangat istimewa


Oleh Rudy Imran Shamsudin

[email protected]

Pelakon Lana Nodin terkilan apabila pakaian digayakan pada hari bersejarahnya pada 15 Mei lalu, diguna pakai dramatis dan penyanyi Ayda Jebat, baru-baru ini.
Katanya, dia benar-benar terkejut apabila melihat baju pengantinnya itu digayakan Ayda hanya untuk menjayakan satu rakaman iklan untuk program Juara Perodi yang bakal disiarkan di Astro.
“Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Aida untuk menjalani penggambaran iklan,” katanya.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin yang kini hamil lima bulan juga tahu ramai peminat Ayda memberi komen menyatakan baju yang dipakai itu adalah pakaian pengantin yang pernah digayakannya.
“Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis perkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit. Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati,” katanya.

Kata Lana, dia tidak tahu apa motif sebenar Ayda memadam segala komen dan tidak mahu orang tahu pakaian itu dikaitkan dengan majlis perkahwinannya.
“Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin.
“Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya,” katanya.
Lana kesal kerana baju pengantin yang disifatkannya sebagai sangat istimewa dan hebat itu seharusnya digayakan di majlis yang hebat juga sama ada disewakan kepada bakal raja sehari yang lain, bukannya sekadar untuk menjayakan program televisyen.
Lana juga akui ada mendapatkan penjelasan daripada perekanya bagaimana pakaian pengantin itu boleh dilepaskan untuk digayakan Ayda Jebat.
“Saya menghubungi pereka fesyen baju itu, Aitelia Amani dan difahamkan Ayda memang berminat mahu mengayakan baju itu untuk menjalani penggambaran program itu,” katanya.
Mengenai status baju itu, Lana mengatakan baju pengantinnya adalah ditaja dan kini berada dalam simpanan perekanya.
Dalam kesempatan itu, Lana juga menjelaskan mengenai kekeliruan dalam kalangan orang ramai membabitkan kenyataan sponsor (tajaan) dan loan (pinjaman).
“Sewaktu baju saya dihasilkan Aitelia Amani, mereka menyatakan persalinan pengantin kami ditaja. Kalau hendak diikutkan, maksudnya akan diberikan kepada saya dan suami selepas majlis selesai.
“Bagaimanapun, mereka hanya meminjamkan kepada kami dan perlu dikembalikan selepas selesai majlis.
“Begitupun, saya tetap berterima kasih dan sebagai pereka fesyen menghasilkan busana yang cantik di hari bersejarah kami, pastinya dia mahu pakaian mewah itu dipamerkan di butik pengantin miliknya untuk tatapan umum.
“Kalau ada pun yang mahu memakainya, sudah tentu dia akan menghasilkan sekali lagi pakaian itu mengikut potongan sama tetapi dengan corak berbeza. Tetapi ia tidak berlaku sebaliknya diberikan untuk digayakan Ayda Jebat begitu saja,” katanya.
Tegas Lana, sebagai pereka pastinya ada cara untuk Aitelia Amani memberi pinjam baju itu. Sebaiknya dia menghasilkan satu lagi baju khas berinspirasikan baju pengantinnya itu untuk digayakan Ayda.

“Cara itu lebih baik dan pastinya Ayda berasakan dirinya lebih dihargai kerana pereka fesyen itu sanggup menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa untuknya dan bukan memakai baju yang pernah dipakai oleh artis lain,” katanya.

Tegas Lana, dia menjadi begitu sensitif apabila pakaian pengantinnya diberikan kepada Ayda dan dipakai semata-mata untuk menjayakan iklan program televisyen kerana dia sangat menyayangi busana mewah itu. Tambah pula dia turut berusaha mencari kain yang sesuai untuk dijadikan baju terbabit dan digayakan pada hari persandingan.
Sementara itu, Ayda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu itu.




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91615#sthash.uiue5Csd.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2015 10:39 PM | Show all posts
orang nak beranak mmg sensitif
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Le kali.lps hbs je majlis..ko beli je la baju tu..simpan masuk.muzium
Esok2 anak ko nk kawen...bleh.le recycle
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:46 PM | Show all posts
X paham..tu memg baju dia ka baju pereka tu..tolg tepek baju tu..aku x tgk benang ayda parodi apa tu..tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berharga sgt baju pengantin tu pergi je la beli from the designer. Tak kan tak mampu nak beli noks. Tu la majlis kahwin juta2 sponsor je semuanya now baju dipakai org lain nak meroyan pulak.

Bottomline is baju hak milik designer suka hati heshe la nak bagi siapa pakai baju tu utk acara apa sekali pun hatta kalau nak bg kak yan gv pakai masa konsert pun boleh. Period.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:47 PM | Show all posts
kalau x nak org lain pakai baju pengantin....beli la lps nikah sanding tu

elyana rilleks jah baju tunang nya jd baju nikah ozzlynn.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2015 10:49 PM | Show all posts
mana gambaq baju tu
lenkali nk nikah beli baju sendiri so tadek la isu gini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2015 10:50 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
juliez replied at 8-11-2015 10:47 PM
Kalau dah berharga sgt baju pengantin tu pergi je la beli from the designer. Tak kan tak mampu nak b ...

Ooohhhhh ai ingatkan wedding tue memang LN kluar duit rupernya sponsores aja? Somi LN kan banyak duit . Why not beli aja that wedding dreas katanya banyak kenangan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang plak kronologi kesentapannya. Uhukkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:51 PM | Show all posts
Suka hati pereka baju tu la nk bg sapa pakai...pakai p mn hatta jamban sekalipun. Knp dulu ko tak beli je baju tu dh tau bju tu istimewa sgt...mmmm....perasan bagus jeh dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:58 PM | Show all posts
ditaje makne nye tu baju dia??? hahaha lawak lawakk...

abih tu kalau habib taje barang kemas bribu2 tu pon makne nye habib bagi sedekah la yeeee

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkn bju tu memg hak milik LN.. la..rupnya milik designer.. suka hti lh designer nk bg pinjm kat saper lak lpas tu n guna msa event apa pun.. nk gi pasar pun klau designer  xda hal ok jer artis nk pkai..
Isu nya lana kecik hati sbb dia pkai msa kwen.. yg si ayda just guna bju tu utk ikln tv.. sentap mak

Next time xnk org pkai bju yg kita pernh guna.. beli jer la wat koleksi sndri kt rumh..mcm che ta
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:00 PM | Show all posts
Kalau ngko suka baju tu, baiklah ko beli je terus. KAU DITAJA je pun, bukan BELI pun. Sentap for nothing. Kosser lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap, act tu memang baju Lana atau tak? Motif nak meroyan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bini_fl replied at 8-11-2015 10:50 PM

just curious, aj ni posing mcm mne? mcm tak betul je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha ini lawak.dah taja pastu kena ikt rule dia plak.sukati penaja lah.klu special sgt dan ekslusif bayar ajelah.konpem hsbnd kau mampukan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:07 PM | Show all posts
Sentap pulakk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sentap la pulak. Ko dah tau tu baju sponsor, tu hak pereka tu la nak kasik siapa pakai? Kalau kk sayang sgt baju tu nape at 1st place tak terus beli je baju tu dari pereka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:14 PM | Show all posts
Patut la mcm familiar sgt baju tu...ooooooo....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.088513 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list