View: 1921|Reply: 2
|
6 Tip Jadikan Diri Disayangi Isteri
[Copy link]
|
|
Sepuluh tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda menjadi seorang suami yang disayangi isteri.
1.Komunikasi
Isteri biasanya lebih tertarik kepada seorang suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif.
2.Prihatin
Isteri akan mengagumi suami yang sentiasa bersikap prihatin. Sikap prihatin suami pasti akan membuatkan si isteri berasa dihargai dan disayangi. Walaupun pada perkara yang dianggap remeh dan kecil, namun bagi si isteri ia begitu bermakna.
3.Memahami
Seorang suami yang sentiasa memahami tidak akan mudah merungut mahu pun marah untuk mengubah kebiasaan buruk isterinya. Sebaliknya dia akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dengan baik segala kekurangan si isteri dan mencuba melihat dari sudut positif.
4.Tegas
Isteri memerlukan seorang suami yang bersikap tegas dan bijak dalam mengambil keputusan. Misalnya, ketika bingung untuk membuat pilihan, si isteri memerlukan suami untuk membantunya membuat keputusan. Suami yang tidak pandai membuat keputusan biasanya kurang dihargai isteri.
5.Simpati
Suami yang mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi juga kepada keluarga si isteri, teman-teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan yang ditunjukkan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah semulajadi.
6.Romantis
Suami yang romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri. Apatah lagi jika si suami tidak lokek memberikan hadiah terutama di hari-hari penting seperti ulang tahun kelahiran dan sebagainya.
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
|
kene ada unsur humor sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tambah..
ringan2 kan tulang ya..
menolong isteri di rumah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|