View: 2031|Reply: 0
|
Udang Masak Madu, Bikin Tak Keruan! Teringat-ingat!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Wah sedapnya isi udang yang dimasak bersama madu. Menambah rasa manis dan lemak pada isinya.
Pasti anda tak keruan! Jom cuba resipi udang masak madu ini!
(Sumber foto: unisea)
Bahan-bahan:
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara:
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
5. Boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pada citarasa sendiri) - CARI Infonet
(Sumber foto: awesomecuisine)
Sumber resipi: Facebook Resipi Kek & Biskut Raya |
|
|
|
|
|
|
| |
|