Bintang Machester United, Wayne Rooney telah mencetuskan kontrovesi dimana beliau bertindak menampar bintang World Wrestsling Entertaiment (WWE) di hadapn ribuan penonton di Manchester Arena, Isnin lalu.
Beliau yang hadir bersama penolong pengurus kelab Manchester United, Ryan Giggs, bekas rakan sepasukan, Darren Fletcher dan anak lelakinya, Kai (6) datang untuk menyaksikan pertujukkan profesional WWE itu, lapor sumber berita Sinar Harian.
Kemarahan Rooney tercetus berikutan tindakan bintang WWE, Wade Behemoth Barret yang telah memalukan Rooney di hadapan ribuan penonton.
“Di atas gelanggang ini ada dua lelaki yang mudah digambarkan sebagai bahan kejuaraan yang mana sudah tentu boleh dikatakan dia adalah Wayne Rooney dan Manchester United,” sindir Barret.
“Saya benci melihat anak kamu duduk di situ dan menonton kegagalan bapa sendiri. Bukan apa, nanti dia akan melalui pengalaman di atas setiap kegagalan kamu di atas padang,” sindir Barret.
Keadaan menjadi tegang apabila Rooney bertindak menghampiri bintang WWE itu kemudian menamparnya. Rooney mendapat sorakan hebat dari para penonton berulang-ulang kali. Disebalik insiden ‘panas’ itu, ramai yang tidak tahu itu adalah salah satu daripada adegan lakonan profesional ahli gusti itu yang sudah dirancang. Manakala Rooney pula, berjaya melakonkan wataknya dengan begitu hebat sekali.
- mD
|