View: 6603|Reply: 46
|
[Dunia]
Di Hong Kong, rumah mahal punca ramai gelandangan tidur di McD
[Copy link]
|
|
LONDON, 14 Nov — Selain tidur di kaki lima dan di tepi jalan, mereka yang merempat di Hong Kong memilih restoran makanan segera terkenal McDonald’s tempat membuang penat dan melelapkan mata. 


Gejala ini bukanlah terlalu baru sehingga agensi berita Reuters menggelarkan perkembangan ini sebagai “McSleepers” dalam rakaman fotonya tentang gelandangan di sana yang diterbitkan baru-baru ini. 

Agensi berita The Associated Press juga merakam fenomena sosial yang sama kelmarin dengan label sedikit berbeza, “McRefugees”. 


Jolokan ini mendapat perhatian umum khususnya selepas kematian seorang wanita tua selama berjam-jam di sebuah cawangan restoran 24 jam McDonald’s di sana tanpa disedari sesiapa, pengunjung dan pekerjanya, awal bulan lalu. 

Menurut rakaman CCTV di restoran itu, lapor portal The Independent semalam, wanita yang berkot dan berselipar masuk jam 8.30 pagi dan tidur di situ sehingga menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi esoknya. 


Mayatnya, yang dikenali “Lai” dan berusia 56 tahun, hanya disedari pada waktu pagi 3 Oktober, kira-kira 24 jam selepas mendiang mula berada di restoran itu, di Kowloon Bay. 

Dalam tempoh tersebut pengunjung dilaporkan menikmati makan dan minum di meja-meja sekeliling wanita malang itu. 

Portal United Kingdom itu juga memetik laporan BBC yang menyebut restoran-restoran itu yang tidak pernah ditutup dijadikan semacam “asrama sementara” bagi mereka yang tiada penginapan.

Agensi penyiaran itu juga menyebut Hong Kong antara negara yang paling besar jurang kaya-miskin di dunia, dengan kadar seorang bagi setiap lima penduduknya, yang berjumah 7 juta orang, hidup dalam kemiskinan.
Di kalangan warga emas pula, BBC memetik perangkaan rasmi kerajaan, satu dalam tiga orang hidup di bawah paras kemiskinan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap harap tidak lah berjangkit di malaysia pula... |
|
|
|
|
|
|
|
jepun lgik,umah cm kabin sebab terlampau mahal dn kos idup tinggi, ade tgk kt astro ari tu. tp rkayat malaysia lak nk ke jepun x kate kos idup sane rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia tak lama dahhh!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Knowlee at 14-11-2015 11:25 AM
Ai pegi Hong Kong dulu, pegi lawat Aberdeen Fishing village. Ini mcm perkampungan air, yg mana org2 yg dah bersara beli bot dan tinggal atas bot saja, sbb tak mampu beli rumah yg super mahal. Even tourist guide pun cerita, dia tinggal kat rumah apartment, 140 kaki persegi, berlima dgn parents dan adik beradik. Kat situ la makan minum, tido, salin baju, masak.
Moga tak jadi la kat Malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Xlama la kt malaysia ni.harga sebijik studio apt 300sqf ++ jer pon cecah 300k plg murah .. |
|
|
|
|
|
|
|
Haah kat jepun dl tgk hidup dgn kotak2 je...dah la sejuk
Byk yg bkn gelandangan cuma xmampu beli/sewa rumah...tu baru kat yokohama
Xboleh ckp gelandangan pasal dia org elok je bersiap pakai suit nak gi keje aku tgk
Mungkin duit cuma lps utk mkn sj agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat mana mana mc d kat hong kong memang ramai warga tua homeless tumpang tido. Kalau kita lepas makan dia nampak kita dah sembang sembang nanti dia datang. Mintak lebihan makanan kita. Dia kumpul fries banyak banyak letak dalam bekas. Air pon dia kumpul campur campur smua jenis lebihan air orang minum. Pekerja pekerja mcd pon tak nampak yang halau, kalau starbuck memang diorang halau. Mengikut kata kawan i lah, dorang tu kebanyakkan dari tanah besar. Tak tau la betul ke idak. |
|
|
|
|
|
|
|
imthegirl replied at 14-11-2015 12:13 PM
Dekat mana mana mc d kat hong kong memang ramai warga tua homeless tumpang tido. Kalau kita lepas ma ...
Kesiannya..... |
|
|
|
|
|
|
|
what?? 140 kaki? erkk camana nak berhubungan intim kalau satu family duk macam tu? baik jgn beranak ramai2 kalau dah tau rumah sempit camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
what?? 140 kaki? erkk camana nak berhubungan intim kalau satu family duk macam tu? baik jgn beranak ramai2 kalau dah tau rumah sempit camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
elle_april replied at 14-11-2015 02:20 PM
what?? 140 kaki? erkk camana nak berhubungan intim kalau satu family duk macam tu? baik jgn ber ...
amboi
yakajut sampai dua post u reply ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
elle_april replied at 14-11-2015 02:20 PM
what?? 140 kaki? erkk camana nak berhubungan intim kalau satu family duk macam tu? baik jgn ber ...
Ye, 140 kaki persegi. Memang diorg terpaksa tinggal mcm tu sbb dah tak mampu sgt nak beli rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Betapa aku bersyukur sangat lepas baca ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. malaysia pun ala2 nak ke arah tu dah sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
mesia mcm dah ade ciri2 ke arah tu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
elle_april replied at 16-11-2015 11:57 AM
kesian.. malaysia pun ala2 nak ke arah tu dah sekarang
Selagi tak dikawal dgn tegas, benda makin berleluasa. Org yg dah beli byk properties senang je ckp itu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mungkin Malaysia secara keseluruhan boleh menjadi seperti mereka atau at least dari segi harga hartanah. Di Hong Kong, harga apartmen busuk-busuk pun jutaan ringgit, belum lagi unit mewah.
Di Malaysia, masih banyak hartanah di bawah setengah juta ringgit, itu pun rumah yang lebih luas berbanding di Hong Kong.
Bersyukurlah kita hidup di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|