Oleh Izzah Abbasy
Hutan Lipur Bukit Jerangkang terletak di Maran, Pahang ini merupakan hutan lipur yang kaya dengan alam flora dan fauna yang menjanjikan ketenangan dan kedamaian jika berkunjung ke sini.
Untuk bergerak ke hutan lipur ini, terdapat jalan alternatif Gambang-Maran jika anda berada di sekitar bandar Kuantan. Simpang Hutan Lipur Bukit Jerangkang berada lebih kurang 1 kilometer (km) daripada Masjid Paya Gelugor.
Untuk pergi ke sana terdapat jalan yang paling jauh (16KM) dan paling mencabar kerana keseluruhan jalan daripada simpang tadi adalah ‘offroad’ atau dengan bahasa mudahnya jalan kebun. Buat peminat kenderaan lasak seperti 4WD ataupun motor scramler, anda mungkin tiada masalah untuk melalui jalan ini.
Di Hutan Lipur Bukit Jerangkang ini terdapat air terjun yang sangat cantk dan bersih. Jika yang sukakan aktiviti mencabar, bolehlah mendaki sampai ke puncak air terjun. Pasti seronok! - CARI Infonet
Sumber info : http://www.ceritahamba.com
|