View: 2007|Reply: 0
|
Jom Pi 'Starbucks' Tepi Pantai Yang Mempersonakan!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Hari ini ingin berkongsi sebuah Starbucks yang memang sudah biasa tapi ianya penuh dengan kejutan. Starbucks tersebut baru sahaja dibuka dan mempunyai identiti yang tersendiri.
Sedia kita maklum, banyak Starbucks yang boleh kita jumpai di pusat membeli belah di seluruh negara, akan tetapi jarang kita terjumpa Starbucks yang berada di tepi pantai, betul tak?
Bertempat di Batu Feringghi, Starbucks tersebut difahamkan dibuka pada hujung bulan Mei tahun ini, kedudukannya di antara Hotel and Resort Holiday Inn dan Restoran Golden Thai. Satu lagi 'landmark' terkenal yang berhampiran dengannya adalah termasuk Restoran The Ship.
Walaupun Starbucks biasanya menyediakan ruang dabn suasana cafe yang selesa untuk pelanggannya, tetapi Starbucks Batu Feringghi ini, reka bentuk dan layanannya memperlihatkan kesungguhan pemiliknya.
Sambil minum kopi, sambil meyaksikan orang ramai bermain payung terjun, aktiviti laut yang menyeronokan atau suasana ceria budak bermain di tepi pantai, sememangnya mampu menghilangkan tekanan dan seterusnya tenangkan jiwa seseorang yang mungkin sedang beremosi dan berada dalam keadaan tegang.
Starbucks Batu Feringghi ini memang betul-betul membuat saya amat teruja terutama persekitarannya.
Starbucks Batu Ferringi
69, Jalan Batu Ferringhi,
11100, Pulau Pinang
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|