SEBAGAI langkah untuk mengurangkan kemalangan, dua pekerja kilang di China ini sanggup menjadi 'lampu isyarat' di jalan raya berhampiran tempat kerja mereka.
Liu Yichen, 33, dan Chen Liwei, 39, dari Shijiazhuang di wilayah Hebei secara sukarela menggantikan lampu isyarat di laluan tersebut selepas pihak berkuasa tidak membaikinya dan kadar kemalangan semakin meningkat.
Kedua-dua mereka berdiri di dalam kotak tertera perkataan 'jalan' dan 'berhenti' yang berubah setiap 30 saat di tengah-tengah persimpangan laluan itu ketika waktu puncak. Menurut mereka, kebanyakan pengguna lalu lintas turut memberi kerjasama dan mematuhi 'arahan' dengan baik.
Gelagat Yichen dan Liwei menjadi 'lampu isyarat' turut menjadi viral di internet yang mana rata-rata pengguna memuji tindakan mereka. - The Mirror
- sinar harian
|