Oleh Izzah Abbasy
Musim-musim tengkujuh inilah masa yang sesuai nak merasa makanan zaman nenek moyang kita dahulu.
Makanan tradisional ini jika tak dicuba dan rasa sangatlah rugi. Cubalah masak dan bagi anak-anak makan masa panas-panas. Sangat sedap!
Bahan-bahan :
3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa
sambal tumis
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kecuali sambal tumis.
2. Kacau hingga rata, tambah air kalau perlu dan rehatkan adunan sekejap.
3. Panaskan non-stick pan kemudian sapu dengan sedikit minyak masak.
4. Sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
5. Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.
6. Hidangkan bersama sambal tumis bilis atau boleh juga dimakan dengan kuah kari.
CARI Infonet
Sumber Info : Resepi Masakan Malaysia
|