Edited by ladybird_ at 23-11-2015 02:55 PM
Serangan ke atas Paris telah membuka mata seluruh masyarakat. Kononnya, pengeboman dan penembakan ini yang melibatkan 129 orang terbunuh dan 300 lebih orang tercedera itu dilakukan oleh negara Islam.
Namun, jika difikirkan dan diteliti, itu barulah jumlah yang sedikit jika nak dibandingkan masyarakat Islam di Syria dan Iraq yang memasuki angka jutaan manusia telah meninggal dunia akibat peperangan dan pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan ini. Bahkan, tiada pula hebahan media dilakukan untuk menunjukkan kesengsaraan umat Islam di sana.
Terbaharu, masyarakat di Australia semalam telah membuat demo besar-besaran anti-Muslim. Mereka mahu masjid dihapuskan dan tidak membenarkan orang Islam berada dalam negara mereka malahan ingin menghalau penduduk Islam di situ.
Namun, ada sekumpulan yang tidak bersetuju dengan kumpulan anti-Muslim tersebut. Mereka tidak bersetuju dengan kewujudan rasis (perkauman) ini dan menerima orang-orang Islam.
Dua kumpulan itu berakhir dengan pertembungan dan pergaduhan.
Ancaman kumpulan militan (IS) terus membelenggu dunia, termasuk di rantau Asia Tenggara. Mereka menggunakan bendera kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dengan tulisan LailahaillAllah untuk mengelirukan mata-mata masyarakat di dunia atas kekejaman dan keganasan mereka. Sedangkan umat Islam bukanlah agama yang ganas.
Berikut kenyataan masyarakat Australia yang anti-perkauman ;
- Ia membuatkan saya berasa seperti saya lebih rendah daripada orang lain, seorang penceroboh yang bukan sebahagian daripada masyarakat ini.
- Ia membuatkan saya marah, amat menggusarkan saya, tetapi yang paling penting ia menyedihkan saya.
- Jijik. Sebagai Aussie putih yang boleh bercakap Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama saya bukan penerima langsung perkauman tetapi saya kesal kesannya terhadap masyarakat kita dan sakit melihat rakan-rakan yang terpengaruh dengan rasis ini.
- Saya berbangga menajdi seorang rakyat Australia tetapi ia membuat saya merasa jijik. Kita boleh melakukan yang lebih baik.
- Perkauman menafikan masyarakat Australia daripada peluang untuk meraikan sepenuhnya dan menerima kepelbagaian budaya sebagai aset kepada negara ini.
- Perkauman boleh membuat orang merasa tidak selesa atau tidak selamat dan mereka tidak diterima atau diterima. Ia juga menggambarkan Australia dengan cara yang negatif kepada negara lain di dunia.
Kredit Foto : Google
|