View: 3460|Reply: 6
|
Pengembala Berusia 16 Tahun Dipancung Kepala Oleh Militan
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.ndtv.com/
Sekumpulan militan mendakwa memancung kepala seorang pengembala muda warga Tunisia bagi pihak kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan menuduh mangsa telah memaklumkan kepada tentera Tunisia mengenai pergerakan mereka di wilayah Sidi Bouzid dalam video yang disiarkan pada Ahad.
Pembunuhan Mabrouk Soltani yang berusia 16 tahun itu mencetuskan kemarahan rakyat Tunisia. Kumpulan itu turut mengarahkan seorang remaja berusia 14 tahun yang juga merupakan pekerja kepada pengembala itu untuk membawa kepala mangsa yang dibungkus dengan plastik kepada keluarganya.
Video yang tidak dikenalpasti kesahihannya itu, mendakwa pengembala muda itu telah memberikan maklumat mengenai tentera IS kepada tentera Tunisia.
"Ini adalah nasib kepada semua orang di bawah perintah zalim Tunisia terhadap Jund al-Khilafa (tentera khalifa)," menurut video yang ditulis dalam bahasa Arab.
Jund al-Khilafa adalah cawangan IS di Tunisia. Video itu juga menunjukkan pengembala itu kelihatan takut dengan menjawab soalan daripada suara yang telah diubah.
sumber berita : ndtv.com |
|
|
|
|
|
|
|
mesti diorng hidup dlm ketakutan... |
|
|
|
|
|
|
|
'Pengembala Berusia 16 Tahun Dipancung Kepala Oleh Militan'
mmg konfem ke ?? sikit2 militan
menyampah ngn media hahahha
kdg2 media yg buat mnde mustahil jd x mustahil
media is suck |
|
|
|
|
|
|
|
media dalam erti kata lain Penipu pemutar belit |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah perkataan yg anda rasa sesuai tuk mengantikan 'militan'?(berdasarkan apa yg mereka lakukan) |
|
|
|
|
|
|
| |
|