Trend mengajarkan bayi berenang semakin mendapat tempat dalam masyarakat.
Comel sahaja melihat si kecil menyelam dan berenang di permukaan air. Malu juga ayah-ayah dan ibu-ibu ramai yang masih belum pandai berenang.
Sebenarnya, berenang boleh membuatkan bayi berasa gembira dan sangat membantu perkembangan si kecil. Ia juga membantu pertumbuhan otot dan meningkatkan daya tahan tubuh bayi.
Malah, dikatakan mengajar si kecil berenang juga tidak sukar.
Jom lihat tip penting ketika mengajar bayi anda bermain air dan berenang mengikut portal Bidanku:
1. Usia yang tepat untuk mula melatih bayi berenang ialah ketika usianya 6 bulan. Jangan paksa jika bayi berasa takut dan menangis.
2. Pilihlah kolam renang yang terjaga kebersihannya, tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas dan tidak terlalu ramai.
3. Gunakan pelampung bayi seperti Neck Ring untuk keselamatannya.
4. Ajarkan bayi menggerakkan kaki dan tanggannya. Jangan biar sampai kepalanya terbenam dalam air.
5. Waktu maksimum untuk bayi berenang ialah 20 minit sahaja. Kemudian, mandikan dengan air bersih, lap dan sapukan minyak telon. - CARI Infonet