CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30017|Reply: 302

[Tempatan] Gantung Diri Lepas Jawab Add Maths

[Copy link]
Post time 25-11-2015 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar Ditemui Tergantung Selepas Jawab Kertas SPM Matematik Tambahan

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM, yang juga seorang pelakon di dalam drama tempatan berbahasa Cina, dipercayai membunuh diri di rumahnya hari ini.

Pelajar berusia 17 tahun dari SMK Raja Abdullah itu dijumpai dalam keadaan tergantung di dalam biliknya di sebuah apartmen di Taman Jinjang.

Pelajar tersebut disifatkan oleh gurunya sebagai seorang yang bijak.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman mengesahkan insiden terbabit.

Difahamkan, pelajar tersebut kecewa setelah dia tidak berjaya menjawab soalan di dalam kertas Matematik Tambahan 1 yang didudukinya hari ini.

"Dia memberitahu gurunya yang dia tidak dapat menjawab soalan-soalan itu

"Dia juga berkata dia mahu pulang ke rumah tetapi gurunya menasihatinya untuk tinggal di sekolah.

"Dia tidak mendengar (nasihat itu) dan pulang ke rumah", kata Sukri memetik laporan NST.

Gurunya menjadi risau apabila pelajar terbabit gagal menghadirkan diri di sekolah untuk menduduki kertas Matematik Tambahan II pada petang itu.

"Guru terbabit kemudian membuat panggilan telefon kepada ibu pelajar tersebut, menanyakan dimana pelajar itu berada.

"Ibu pelajar tersebut, yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di KL, kemudian menelefon ibu saudara pelajar itu untuk memeriksa anaknya", kata beliau.

Ketika itulah ibu saudara pelajar tersebut menjumpai pelajar berkenaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Polis menolak sebarang unsur jenayah didalam insiden terbabit.

Mayat pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aim terlalu tinggi..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:16 AM | Show all posts
Takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga...ko dah kenape dik? Ko tak tau ka Add Maths ni rendah gila markah nak dapat A+ pun? Sekitar 60% gitu dah A+ dik.

Kesiannya mak pak ko lahai...semoga mereka diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bijak tp bab ni cm senteng lak akalnya...kesian anyway
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:19 AM | Show all posts
kesiannya.. sebab tak dapat jawap Add Math terus putus harap nak hidup.. macam la Add Math tu tentukan rezeki, untung nasib kau esok lusa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 12:21 AM | Show all posts
Aku faham kot perasaan budak ni..sbb dulu aku pernah kecewa giler tak dpt jawab maths spm. Aim terlampau tinggi nak score. Mcm org putus cinta.. Bpk aku pujuk gile2.. Aku mmg tak lalu Makan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti soalan lebah ne.  Menjawab la pembuat soalan ne Kt akhirat kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 12:23 AM | Show all posts
mawarika replied at 25-11-2015 12:21 AM
Aku faham kot perasaan budak ni..sbb dulu aku pernah kecewa giler tak dpt jawab maths spm. Aim terla ...

ai pun dulu takleh jawap paper fizik, addmath, chemistry.. kesah pulak aku.. life goes on
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 kalau dia duduk untuk paper 2 tu, boleh ja dapat A- paling cikai pun. Adui...kesian family...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:25 AM | Show all posts
mesmerize replied at 25-11-2015 12:23 AM
ai pun dulu takleh jawap paper fizik, addmath, chemistry.. kesah pulak aku.. life goes on

Kejam uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
17 tahun still tak matang ni.....takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 budak pressure nak dapat A ....so disanjung cikgu,  nak impress kawan2 lagi....sedara mara. Aku pun pernah remaja so i know how it feels.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:32 AM | Show all posts
astaghfirullah , awatla ...

it is okay ...this is not the end of the world

wow tak sangka ye , kalau rencam sangat suicidal case ni - kena buat risk assessment le kat students yg berisiko walaupun terpencil

helpline  ke

ni stress management ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:45 AM | Show all posts
Can someone tolong tepek contoh soalan lebah tu? Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:46 AM | Show all posts
Btw takziah..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perfectionist la ni... Dh sampai masa add maths ni jd mata pelajaran pilihan je... Bebankan sgt pelajar2 msia hujung2 yg bengap2 jugak jd menteri
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:53 AM | Show all posts
tarak agama..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Graf add math selalu turun kan..maklum la killer subject

Entah2 bdk ni bole dpt A+
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang juga pelakon dalam drama tempatan? Saperrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.299559 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list