|
Oleh Adib ZA
Selepas menyusukan bayi, perkara yang sering diingatkan kepada para ibu dan juga bapa ialah, membuatkan bayi sendawa.
Mengapa sendawa sangat penting bagi si kecil? Umumnya agar bayi tidak kembung perut, dimasuki angin dan berasa lebih selesa.
Ini terutamanya pada bayi yang berumur 0-9 bulan kerana mereka masuh belum pandai duduk dan seterusnya sendawa sendiri.
Sebab itu, ibu dan bapa harus membantu membuatkan si kecil sendawa. Burp! Comel kan?
1. Sendawa membantu melepaskan semua gelembung udara yang membuatkan bayi berasa tidak selesa. Ini sekaligus mengelakkan angin berkumpul dalam perut dan menyebabkan kembung perut.
2. Sendawa juga mengelakkan susu daripada terkeluar semula ke mulut bayi. Atau pendeknya mengelak bayi termuntah susu yang diminumnya.
3. Jika tidak disendawakan, bayi boleh menangis kerana sakit perut dan rasa tak sedap badan. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|