Paragliding (Luncur Udara), pasti ramai yang akan kata gayat dan takut untuk mencuba. Maklumlah aktiviti sukan ekstrem ini sememangnya hanya untuk yang "hati kering" dan tidak gayat akan ketinggian.
Aktiviti Paragliding ni diadakan di Bukit Jugra, Banting. Senang saja untuk ke tempat ini, zaman sekarang kita ada Waze kan! Search saja Bukit Jugra pasti sampai ke tempat ini.
Tapi sebelum berkunjung ke sini, anda perlu booking dulu kerana untuk aktiviti ini anda perlukan seorang pilot yang juga dipanggil Tadem Pilot Paragliding. Tanpa pilot yang bertauliah, hajat anda untuk meluncur diudara pasti tidak akan kesampaian kerana syarat utama anda tidak dibenarkan terbang solo.
Sumber foto : bm.selangorku.com
Untuk paragliding, keadaan cuaca harus baik bagi memastikan keselamatan berada ditahap tertinggi. Jika keadaan angin terlalu perlahan, memang paragliding tidak dapat dilakukan kerana untuk meluncur diudara perlukan sokongan angin, sama macam main kapal layar lah kot.
Sumber foto : zaidinhomestay.blogspot.com
Sambil-sambil meluncur bolehlah rakam video buat kenangan.. Memang seronok kalau dapat terbang seperti burung di angkasa kan.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti sukan ekstrem ini kerana ia pasti menjanjikan pengalaman luar biasa. Apa salahnya sesekali menguji kelemahan diri, tak cuba tak tahu. Mana tahu lepas cuba nak lagi, kan! - CARI Infonet.
nak naik benda ni kena tengok cuaca..kalau berangin baik toksah...kang masuk dlm semak, tak pasal2 patah riuk tulang....dulu aku pernah tersasar landing kat pokok sawit tekeluar kepala lutut, tak pasal2 duk hospital terendak 3 bulan...