CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20375|Reply: 312

[Tempatan] Trend wanita tak minat kahwin, purata kelahiran semakin merosot

[Copy link]
Post time 3-12-2015 11:17 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Trend wanita Malaysia tidak minat berkahwin awal menyebabkan kadar kesuburan di negara ini berada di tahap membimbangkan dengan purata kelahiran yang dicatatkan turut menurun sehingga 1.9 orang bagi sebuah keluarga pada tahun lalu.

Jika pada tahun 1980-an, setiap pasangan di Malaysia mempunyai empat orang anak tetapi angka tersebut menurun kepada tiga orang pada tahun 2000. Lebih teruk pada tahun 2014, kadar kelahiran bagi setiap pasangan berkahwin di Malaysia terus merosot sehingga ke paras 1.9 orang anak sahaja.

Secara umum, angka terbaharu kadar ke­lahiran di Malaysia itu berada di bawah tahap penggantian normal da­­lam sesebuah keluarga iaitu 2.0 orang anak.

Paras kelahiran atau penggantian normal bermakna dua orang anak yang dilahirkan setiap pasangan hanya bersifat menggantikan kedua ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Seandainya, Malaysia tidak memberi fokus dengan trend kadar kesu­buran dalam kalangan rakyatnya, negara ini dijangka mengikut jejak negara maju seperti Jepun yang mencatatkan kadar kelahiran 1.4 orang anak manakala Singapura 0.8.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail berkata, kemerosotan kadar kelahiran mempunyai kaitan langsung dengan sikap wanita masa kini yang memilih untuk berkahwin lambat, mementingkan kerjaya dan beranggapan kos menyara anak tinggi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 11:19 AM | Show all posts
ramai je yg memilih utk bersalin awal....
kalu tak, takdelah letak anak depan masjid lah... dpn umah orag lah...
tu belum masuk yang tersimpan dalam tanah ngn tong sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:22 AM | Show all posts
negara makin maju, mana ada anak ramai2...kalau negara maju penduduknya dah sampai taham optimum dimana golongan berusia 25-45 tahun yang mendominasi populasi....bukan lagi golongan 0-24 tahun yang mendominasi populasi.....ok la tu kitakan kearah negara maju berpendapatan tinggi kata najib, apa nak bising org anak 2 org je????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2015 11:23 AM | Show all posts
lelaki2 yg baik2 semua dh milik orang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:25 AM | Show all posts
susah nak dpt lelaki yg baik2..
yg baik2 pulak da jd milik org...
tp x la jugak semua kan...
ada gak milik org yg hampeh..
so biar la single sampai mati..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:28 AM | Show all posts
dunia dh cukup sesak. dah ada 6 billion manusia. ramai2 sgt mana cukup sumber alam nak tampung segala umat manusia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2015 11:28 AM | Show all posts
parents bekerja xyah la anak ramai2..kesian dorg xcukup kasih syg...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 3-12-2015 11:23 AM
lelaki2 yg baik2 semua dh milik orang

Ye la tu jd milik orang
Abih tu apsal ramai pompuan zaman skang kene bela biawak hidup?
Byk tred psl bela biawak hidup kt bod FD sana tuh
Antara retis yg pernah bela biawak hidup ialah abby abadi dan enot
Si rozita che wan tu lak aku tgk mcm che ta je yg gigih bekerja siang malam...si zain tu goyang telur acah2 kokesen saje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
aku salah sorang yg ikut trend
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:30 AM | Show all posts
haryatie replied at 3-12-2015 11:25 AM
susah nak dpt lelaki yg baik2..
yg baik2 pulak da jd milik org...
tp x la jugak semua kan...
...

Lelaki budiman mcm Najib dah dikebas si Janda Rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:32 AM | Show all posts
payah la nak beranak mahal, bersalin mahal, kos anak2 mahal. pikir dua ribu kali kor nak beranak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:33 AM | Show all posts
DeMax replied at 3-12-2015 11:30 AM
Lelaki budiman mcm Najib dah dikebas si Janda Rosmah

ke situ pulakkkk...
sabo je laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:34 AM | Show all posts
banyak jugak pasangan yang dah berkahwin tapi susah nak dapat anak..faktor kesihatan pon menyumbang juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape kata kelahiran merosot sbb pompuan x minat kawin awal? Yg buat artikel ni patut reseach sikit gi kat klinik sakit puan tgk berapa ramai beratur nak buat treatment ivf, iui dll...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:35 AM | Show all posts
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail berkata, kemerosotan kadar kelahiran mempunyai kaitan langsung dengan sikap wanita masa kini yang memilih untuk berkahwin lambat, mementingkan kerjaya dan beranggapan kos menyara anak tinggi.


memang tinggi pun... susu tepung, pampers semua pun mahai mereput..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:35 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-12-2015 11:29 AM
Ye la tu jd milik orang
Abih tu apsal ramai pompuan zaman skang kene bela biawak hidup?
Byk tred ...

sebab mereka termasuk dalam golongan asal berlaki mungkin..pencapaian tinggi ok kalau dapat kalahkan andartu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 3-12-2015 11:38 AM

Xleh branak ramai2.kos hdup tinggi kot.
Kebajikan anak penting.xleh ckit2 punya kebajikan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:36 AM | Show all posts
duit tak cukup nk sara anak...
sbb tu depa pilih untuk ade anak sorang je...
dah semua harga naik.. minyak naik... tambang naik.. tol naik... susu anak.. pampers semua naik harga..
tu belum kire hantar anak kat rumah pengasuh lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:41 AM | Show all posts
Edited by Abangspek at 3-12-2015 11:43 AM

bagus la, kumpul duit dulu. So nanti utk majlis kahwin, tak payah korek duit bakal suami, letak hantaran tinggi atas alasan "bayar majlis keluarga perempuan". Simpan duit sendiri sudey untuk majlis pihak sendiri. Laki pun perlukan duit gak utk majlis dorang, tak gitu? Mudahkan perkahwinan masing-masing, pakai duit masing-masing untuk majlis masing-masing, rendah mahar, berkat perkahwinan~

Slow-slow, kumpul duit banyak2 baru kahwin. Hidup sederhana, henpon tak wajib tukar setiap tahun, kasut tak perlu lebih 4 pasang bagai. Susah nak hidup zaman sekarang ni, semua mahal, gaji macam 20 tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by atira at 3-12-2015 11:44 AM

untuk hidup selesa zaman sekarang ni.. cukup anak sorang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.388277 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list