|
Oleh Adib ZA
Ladies, selalunya mempunyai kebiasaan mengeringkan rambut dengan tuala. Betul?
Ramai yang menggosok-gosok rambut agar cepat kering dan ternyata ia merupakan cara yang salah. Ia boleh menjejaskan kesihatan rambut anda!
Ini kerana tuala lazimnya mempunyai struktur yang kasar, dan boleh menyebabkan kerosakan pada rambut. Jika anda selalu menggosok rambut dengan tuala, ia menyebabkan seluruh rambut rosak.
Bukan itu sahaja, ia menjadi punca mengapa rambut bercabang dan menyebabkan lubang-lubang mikro di sepanjang rambut. Sebab itu rambut menjadi kering dan kasar!
Jadi, bagaimana saya nak mengeringkan rambut?
Nanti dulu, jangan risau. Anda disarankan menggunakan tuala jenis microfiber ataupun stoking. Ini kerana kedua jenis kain ini lebih lembut dan permukaannya lebih halus, serta menyerap air pada rambut.
Usap rambut secara perlahan dan tak perlu menggosok atau menenyeh kepala anda. Kemudian biarkan rambut kering atau gunakan pengering rambut bersuhu rendah. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|