Nahas berlaku sekitar jam 8.48 pagi tadi waktu tempatan, bas mini yang cuba melintasi rel komuter berkenaan remuk setelah diseret sejauh 400 meter.
JAKARTA: 13 terbunuh apabila bas mini Metromini dirempuh komuter elektrik di laluan Kalideres-Grogol berhampiran Stesen Angke, Jakarta Barat, Indonesia.
Dalam nahas sekitar jam 8.48 pagi tadi waktu tempatan, bas mini yang cuba melintasi rel komuter berkenaan remuk setelah diseret sejauh 400 meter.
Bernama melaporkan, semua penumpang komuter berkenaan terselamat.
Sementara itu, Ketua Polis Seksyen Tambora, Wirdhanto berkata setakat ini polis mengesahkan 13 orang maut manakala tiga lagi parah. Semua mereka adalah penumpang bas mini terbabit.
Katanya, semua mangsa dihantar ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat dan hospital berhampiran.
Kemalangan itu mengakibatkan laluan menuju ke Angke di Jakarta Barat mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk hingga sekarang.-FMT
|