CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4236|Reply: 3

Roti Cheese Naan RSMY Paling Ohsem! Wajib Cuba

[Copy link]
Post time 8-12-2015 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Buat anda yang gemarkan  dengan roti Cheese Naan, pasti akan makan di kedai mamak kan? Kira paling sedaplah di situ. Sebenarnya, roti Cheese Naan di kedai mamak hanyalah roti naan biasa. Penulis nak kongsikan dengan anda, roti Cheese Naan yang paling 'ohsem' dan paling sedap setakat ini di Malaysia. Keju atau cheese yang diletakkan pada roti naan sangatlah banyak sehinggakan anda boleh tarik panjang tau.

Ha, di manalah nak makan roti Cheese Naan ini? Pastinya di RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY). RSMY mempunyai 3 cawangan iaitu di Masjid India, Jalan Medan Tuanku dan Danau Kota. Apabila anda sudah mencubanya, pasti buat anda akan ke sana semula selepas menikmati roti Cheese Naan yang terlajak sedap ini.

Roti Cheese Naan ini jika dikedai mamak anda akan makan dengan ayam tandoori sahaja. Berbeza di RSMY, anda boleh menikmatinya dengan Beef Keema, Chenna dan pelbagai lagi menu yang disediakan. Sedap! Sangat sedap. Anda yang belum cuba roti Cheese Naan ini, cepatlah mencubanya. Pasti tidak akan menyesal.

Jangan lupa untuk tarik panjang-panjang roti Cheese Naan tersebut ya! Cubalah dengan Beef Keema. Sangat sedap.

Bagi yang ingin datang ke RSMY Cheese Naan ni, berikut adalah alamatnya :

RSMY Best Cheese Naan, Maju Junction
D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.

RSMY House of Real Beriani
No. 11 & 13,  Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur

Restoran Selera MY

No. 16, Lorong Bonus 6, Off Jalan Masjid India, 51000 Kuala Lumpur.
03-2692 9700

Baiklah, penulis nak jamu mata anda dengan roti naan cheese ini.

























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 10:46 AM | Show all posts
sy dah berapa kali makan kat kedai nih...mmg sedap...cheese banyak....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 05:12 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 10-12-2015 09:46 AM
sy dah berapa kali makan kat kedai nih...mmg sedap...cheese banyak....

price wise cmne? ok?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 11:16 AM | Show all posts

rasanya sekeping cheese nan biasa rm6. kuah dhal harga asing.  satu mangkuk kecik rm2.  makan dgn keema kambing sedap jugak.  semangkuk keema tu rm10.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.549755 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list