View: 1164|Reply: 0
|
Standard Cecair Vape Diputuskan Tahun Depan
[Copy link]
|
|
sumber foto: google image
Standard cecair berperisa untuk rokok elektronik atau vape akan diumumkan tahun hadapan.
Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jualan Ke Sekolah di seluruh negara yang bermula 21 November sehingga 10 Januari 2016.
Tambah beliau proses menetapkan piawaian berkenaan mengambil masa kerana melibatkan beberapa proses perundangan, di samping perlu selari dengan standard antarabangsa.
"Kita telah merujuk kepada France dan British standard, semua itu akan kita gabungkan dan lihat mana yang kita boleh guna pakai."
Selain itu, beberapa perundangan melibatkan tahap nikotin terpaksa dibuat dengan mendapatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan.
sumber berita : http://www.mstar.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|