|
Resepi Oleh : Sue Suraya
Bahan-bahannya
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji kentang ~ potong baji
1 batang lobak merah ~ potong baji
1 senduk besar serbuk cili
2 s/b rata rempah kari ayam
Rempah tumis 4 sekawan
~ 1 batang kayu manis,
~ 2 kuntum bunga lawang,
~ 6 biji buah pelaga
~ 5 kuntum bunga cengkih
1 s/t rata jintan kasar
1 s/t rata jintan halus
1 s/t biji sawi
2 tangkai daun kari ~ lurut ambil daunnya
2 keping asam gelugor
5 tangkai daun kerumbar ~ dihiris
Garam, serbuk perasa & gula
Sedikit minyak
Bahan kisar
3 labu bawang besar saiz sederhana saja
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
Cara-caranya
Gaulkan hingga sebati ayam bersama bahan kisar, serbuk cili dan rempah kari ayam, perapkan kira-kira 1/2 jam, ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar, masukkan rempah tumis 4 sekawan, jintan kasar, jintan halus, biji sawi dan daun kari hingga naik bau, kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi, kacau rata kemudian masukkan kentang dan air sehingga menutupi paras ayam, tapi jangan terlalu cair.
Kacau sekali sekala dan masukkan lobak merah dan asam gelugor, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih, gunakan api sederhana saja.
Apabila mendidih, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa, kacau sebati.
Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala sehingga ayam, kentang masak dan kuah agak pekat, taburkan daun kerumbar, kacau rata dan apabila kuah betul-betul pekat, bolehlah ditutup apinya.
kredit:azlita masam manis
|
|