|
sumber foto: http://www.newsplus.my/
Taat setia seorang isteri sehingga membelakangi undang-undang demi melindungi suami seorang pengganas kumpulan Islamic State (IS) menerima padah apabila wanita itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi semalam.
Poziah Harun, 42, yang bekerja sebagai ketua kerani di Jabatan Perangkaan mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan pada sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Kamardin Hashim.
Berdasarkan pertuduhan, Poziah didakwa melindungi suaminya, Zulqarnain Ghaz Ab. Ghani, 31, sedangkan dia mengetahui lelaki itu melakukan perbuatan keganasan.
Kesalahan Poziah didakwa dilakukan di Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan di Jalan Masjid, Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah antara bulan September hingga Disember 2014.
Mengikut fakta kes, Zulqarnain telah menghubungi Poziah berhubung kepulangannya dari Syria bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan sewaktu menyertai aktiviti keganasan bersama kumpulan IS.
Berita selanjutnya: utusan.com.my/ |
|