View: 36794|Reply: 221
|
Terima Tempahan Luar Biasa, Pemilik Butik Dapat Tempias Siti Nordiana
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Pemilik butik Jimmy Coture menerima tempias populariti Siti Nordiana apabila butiknya menjadi perhatian gara-gara penyanyi itu memakai pakaiannya dalam Gegar Vaganza 2 (GV 2).
Jimmy atau nama sebenarnya Zaizakrani Ismail, 31, berkata, dia tidak menyangka perniagaan fesyen yang dibinanya sejak beberapa tahun lalu menunjukkan peningkatan selepas Siti Nordiana diumumkan juara Gegar Vaganza 2 pada 13 Disember lalu.
"Asalnya, Haiza memperkenalkan Nana (Siti Nordiana) kepada saya yang meminta saya mereka baju untuk persembahannya kerana tiada orang yang mahu menaja pakaian dia.
"Jadi saya dengan niat ikhlas mahu membantunya. Tak sangka pula saya turut mendapat tempias Nana dengan menerima lebih sepuluh tempahan setiap minggu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Selain Siti Nordiana dan Haiza, Jimmy turut menaja pakaian Azian Mazwan Sapuwan dalam rancangan itu.
Siti Nordiana dan Zaizakrani Ismail pemilik butik Jimmy Coture.
Tambah Jimmy, sejak konsert itu berakhir, kebanyakan pelanggan mahukan rekaan gaun seperti yang digayakan Siti Nodiana.
"Mereka mahu tahu apa yang Nana pakai dan jenis kain apa yang digunakan. Begitu terperinci mereka bertanya.
"Kemudian mereka akan meminta saya menghasilkan gaun seperti yang dipakai Nana," ujarnya.
Sementara itu, Jimmy berkata, dia cukup senang bekerjasama dengan Nana memandangkan penyanyi itu seorang yang tidak cerewet.
"Nana antara artis yang tidak cerewet. Cuma dia mahu pastikan baju yang direka itu sedikit longgar dan tudungnya menutup dada. Walaupun GV2 sudah selesai, dia masih menggunakan khidmat saya.
"Saya masih teringat bagaimana dia begitu segan mahu bertemu saya kerana menganggap dirinya tidak layak mendapat tajaan baju. Dia seorang yang sangat merendah diri," katanya.
Dalam Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana menerima wang tunai RM100,000 kerana menjuarai rancangan itu.
Menerusi temubualnya dengan mStar Online sebelum ini Siti Nordiana berkata, usahanya untuk mendapatkan tajaan pakaian bagi menyertai rancangan itu dipandang sebelah mata oleh kebanyakan pereka fesyen popular kerana tarafnya dilihat sebagai 'penyanyi kampung'.
-mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
ikhlas membantu rezeki lain Allah bg...bagus la tahniah utk chuolsss |
|
|
|
|
|
|
|
mencurah-curah rezeki nana |
|
|
|
|
|
|
|
wow..rezeki masing2..Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
cantik2 design dia kalau tgk apa yang nana pakai dlm GV2, good job and thumbs up, di saat takde org sudi dia yang sudi |
|
|
|
|
|
|
|
betulkan allah janji...
kalau murah hati memberi...pulangan nya lebih lumayan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
begitulah kalau Allah nak bagi rezeki..
dia akan bagi melalui mana2 pintu yg kita tak jangka..
keep it up utk ketiga2 mereka..(haiza,nana n jimmy) |
|
|
|
|
|
|
|
mmg baju nana cantik cantik belaka tidak berlebihan berbulu bulu bagai |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak org dok anggap dia penyanyi kampung.. finally pas masuk GV terus ramai yg bukak mata.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai....kesiannya nana...nasib la ada haiza n jimmy ni pemurah....alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Good job Jimmy!
Memang baju yang dia buat utk Nana cantik2 |
|
|
|
|
|
|
|
thumbs up jugak kepada haiza yang sudi tolong nana |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada forumner mana tah buat citer haiza tak moh pandang nana masa atas pentas GV
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dalam banyak2 kontesten perempuan mmg I rasa baju Nana cantik2... Baju Kak Yan gomen kengkadang xkena dengan umur. Mungkin designer nak nampakkan Kak Yan Gomen tu muda riang tapi kelaut akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
see... elok je haiza kenal nana kat jimmy... xde la kata yg dorg bermasam muka bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Makan hati la designer lain yang kekwat segala |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah ada jugak rezeki yang masuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|