CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2693|Reply: 2

Biasa Berjalan Masa Tidur? Meh Ambil Tahu Sebab Apa

[Copy link]
Post time 22-12-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Betul ke berjalan masa tidur boleh undang maut? Berjalan masa tidur atau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Sleepwalking atau dalam istilah lain iaitu somnambulism biasanya dialami pada usia muda lebih-lebih lagi kanak-kanak.



Faktor utama penyebab Sleepwalking ini adalah tekanan perasaan, terlebih gembira, genetik, lelah, sakit dan lain-lain.

Tanda-tanda Sleepwalking

– Berdiri daripada tidurnya dan membuka mata seperti orang yang terbangun dari tidur

– Matanya seakan orang mengantuk dan dipaksa bangun

- Berjalan keliling rumah, mungkin membuka dan menutup pintu dan menghidupkan atau mematikan lampu

– Tidur berjalan ini biasanya terjadi setelah dua jam tidur dengan nyenyaknya

- Biasanya, sleepwalking ini akan berjalan beberapa minit kemudiannya akan menyambung tidur semula. Pelaku tidur berjalan sendiri tidak akan sedar apa yang dilakukannya ketika bangun keesokan paginya.





Risiko


Jika pelaku keluar dari rumah, ia boleh menyebabkan kemalangan jiwa seperti jatuh daripada tangga, jatuh ke tingkat bawah atau dilanggar oleh kenderaan.




Kisah benar Sleepwalking

Seorang kanak-kanak lelaki warga Malaysia meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah hotel Hatyai, Thailand baru-baru ini.

Polis menyifatkan kejadian itu sebagai satu kemalangan dan ia berkemungkinan berpunca daripada Fam yang berjalan dalam tidur hingga membawa kepada insiden berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur bersama nenek dan seorang adik lelakinya di sebuah bilik di tingkat enam manakala ibu bapanya tidur di tingkat tiga.  




Rawatan

Setakat ini tiada cara rawatan terperinci untuk penghidap Sleepwalking ini. Yang penting, pantaulah tidur si anak-anak, jangan berikannya tekanan dan lakukan aktiviti yang menenangkan sebelum anak-anak atau anda sendiri sebelum masuk tidur. Sangat kritikal jika berjalan masa tidur sehingga keluar daripada rumah! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 04:18 PM | Show all posts
ada kawan dulu suka sangat berjalan masa tidur.. siap kira bintang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 03:52 PM | Show all posts
aku dulu masa kat plkn slalu sleepwalking,
keluar dorm cari selipar,
pastu jalan2...
bila tersedar cam tertanya,
eh ak nak g mana? terus masuk dorm balik tido...
tapi rasa takut tu xde...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.583978 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list