CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3841|Reply: 9

10 Cara Berkesan Mengeluarkan ‘Detox’ Dalam Badan

[Copy link]
Post time 28-12-2015 04:05 PM | Show all posts |Read mode


Detox Badan. Tahukah anda, apa itu detox dan cara mengeluarkan detox dalam badan anda?
Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh.
Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semulajadi untuk mengeluarkan sekaligus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detox’.

Berikut adalah beberapa tips semulajadi yang mudah dan murah mengurangi serta menghilang kumpulan racun dalam tubuh anda:
1. Jangan Lupa Minum Air Putih
Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun di tubuh melalui peluh dan ‘urine’ yang dikeluarkan. Minum lapan gelas air putih dalam sehari  dan usahakan juga untuk minum empat gelas setiap kali anda bangun daripada tidur pada pagi hari.

2. Berpeluh Secara Semulajadi
Berpeluh boleh membantu menghilangkan ‘longgokan’ racun pada tubuh dan kulit anda. Anda boleh mengatasinya dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi.

Ternyata teh merupakan salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut.

Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.

5. Kurangi Pengambilan Gula Setiap Hari
Di samping dapat mengundang pelbagai maam penyakit menyerang tubuh, gula juga memainkan peranan besar sebagai salah satu makanan yang dapat meracuni tubuh anda seperti mengundang penyakit kanser, diabetes mahupun jantung.

6. Khasiat Buah Anggur
Buah anggur terutama anggur hijau ternyata sangat efektif menghilangkan racun di dalam tubuh anda. Selain itu, anggur juga mengandungi ‘resveratol’ yang dapat menangkis kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar.

7. Makanlah Buah Betik
Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada pelbagai radikal bebas yang tercampur daripada udara yang kita hirup. Jadi, buah ini tentunya sangat efeketif untuk mencegah penggumpulan racun di dalam tubuh.

8. Makanan Berserat
Untuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam tubuh anda anda kenalah rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Makanan kaya serat seperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukan dalam diet setiap hari.

9. Jus Lidah Buaya
Lidah buaya mempunyai banyak manfaat. Bukan sekadar boleh mencantikkan serta menyuburkan rambut anda. Malahan, salah satu fungsinya adalah mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Lidah buaya memiliki zat antioksidan yang membantu menghilangkan zat-zat kimia beracun dalam tubuh kita.
Cuba minum segelas jus lidah buaya pada setiap pagi dan petang. Pengambilan minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun daripada sistem organ tubuh.


10.  Lemon Suam Yang Dicampur Madu
Salah satu cara yang paling kerap dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum.
Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 09:41 AM | Show all posts
tq for info

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:19 PM | Show all posts
Good info... thanks
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 02:53 PM | Show all posts
Bina Produk Jenama Sendiri
♥ Modal rendah
♥ Sample boleh disediakan!!!
♥ Solution utk cara pemasaran
**Whitening, Fiber, Kolagen, Wanita Dalaman, Anti-Penuaan, DLL**
PM/Whatsapp: 018 9555 933
Alffa Green Marketing & Resources (www.kilanggmp.com)
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 10:27 AM | Show all posts
suka dgn buah betik


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2016 11:09 PM | Show all posts
Good info.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 02:15 PM | Show all posts
suka no 3 tu..sebab meols mmg tea lover... hari2 mesti kena
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:13 PM | Show all posts
boleh cuba ni......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.083004 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list