CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9022|Reply: 26

Jom Lihat 9 Wanita Islam Terkaya Dan Tercantik Di Dunia

[Copy link]
Post time 28-12-2015 04:33 PM | Show all posts |Read mode

1. Ameerah Al-Taweel, Arab Saudi

Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion. Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.


2. Lalla Salma, Maghribi

Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10 Mei 1978. Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau tetap mengekalkan sifat rendah diri.

Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kira-kira sebanyak $2.5 bilion.


3. Rania Al Abdullah, Jordan

Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.
  
Walaupun Raja Abdullah tidak pernah mengiktiraf kekayaannya kepada umum, khabar angin mengatakan beliau telah menghabiskan lebih daripada satu bilion dalam pembuatan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.


4. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi

Fathima Kulsum kini secara rasmi menjadi Permaisuri Arab Saudi. Dia adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia.
   
Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.


5. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei

Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat serta memiliki sebanyak 7,000 kereta lain. Beliau juga memiliki kediaman diraja terbesar di dunia dengan mempunyai 1,700 bilik di dalam istana. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya itu. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.


6. Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar

Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.


7. Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai

Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai.
   
Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada $40 bilion.


8. Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Brunei

Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.
   
Bapa Majeedah, Sultan Brunei adalah antara orang yang paling kaya di dunia dan sangat gemar pada emas.


9. Sheikha Hanadi Bint Nasser Al Thani, Qatar

Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City.
  
Selain itu, Hanadi adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion.

[size=0.88em]
dairishare




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 04:58 PM | Show all posts
apesal la x lawa sgt anak soltan brunei.. fesyen zaman 60an!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:17 PM | Show all posts
rawahah replied at 28-12-2015 04:58 PM
apesal la x lawa sgt anak soltan brunei.. fesyen zaman 60an!

poket dia org lawa. biar muka xlawa asal poket lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 05:30 PM | Show all posts
cantiknye rambut puteri lalla slama
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:24 PM | Show all posts
sukka tengok Sheikha Mozah and Puteri Rania. elegant!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 05:15 AM | Show all posts
bless them...cool stuffs
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2015 07:38 AM | Show all posts
ahkak pink mano?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 09:13 AM | Show all posts
Dato' Seri Vida mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 10:53 AM | Show all posts
yang last tu mashAllah...cantiknye
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:06 PM | Show all posts
mostly kaya sebab minyak..
untunglaa rezeki tohan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:06 PM | Show all posts
rawahah: apesal la x lawa sgt anak soltan brunei.. fesyen zaman 60an!


klasik sangat kan fesyen nye..haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:00 PM | Show all posts
kaya pon seab kutu-runan..... no.7 je yg nampak mcm kuat pegangan islamnya... kalau melalui gambau ler...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 06:02 PM | Show all posts
terkaya ke tercantik?

rasanya dedua kurang tepat sbb sultan brunei ada ramai anak pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheikha Hanadi tu macam rupa Tok Ti sekali imbas
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:32 AM | Show all posts
first time tengok rupa anak sultan brunei... hajah hafizah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:34 AM | Show all posts
ameerah tu cantik rambut dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 12:13 PM | Show all posts
1 billion boleh buat taman tema star wars tapi ada orang tu ada 2 billion, habuk pun tarak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:44 PM | Show all posts
rezki dieee..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:41 PM | Show all posts
no9 tu respek jugakla ..dia kaya bukan psl bapak dia kaa,laki dia kaa.ke mmg dia pun berasal dari keluarga kaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:22 PM | Show all posts
larikesurga replied at 29-12-2015 02:00 PM
kaya pon seab kutu-runan..... no.7 je yg nampak mcm kuat pegangan islamnya... kalau melalui gambau l ...

Kat uni dulu ada I ada classmate yg dressing cm gitu tapi haram tak semayang..asik period je memanjang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.139364 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list