CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4115|Reply: 22

[Tempatan] Lima Penerbitan Dilarang Kerana Kelirukan Umat Islam

[Copy link]
Post time 29-12-2015 10:17 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Lima penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah.

Penerbitan berkenaan ialah The Teachings of the Quran; Baha'ullah and The New Era and Introduction to The Baha'i Faith; Detik-Detik Pembongkaran Agama: Mempopulerkan Agama Kebajikan Menggagas Pluralisme-Pembebasan; Jalan Yang Lurus: Kita Harus Meneroka Jalan Ini; dan Tabut: Penjelasan Tentang Segala Sesuatu.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata, perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 270-274 bertarikh 26 November.

Hashimah berkata, The Teachings of the Quran menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan mengandungi tafsiran yang menyeleweng.  

Empat penerbitan lain itu memudaratkan ketenteraman awam dan mungkin menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah, katanya.  

Beliau berkata, seseorang yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual.

Mengedar atau memiliki apa-apa jua maksud seperti itu sebarang hasil penerbitan larangan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 10:57 AM | Show all posts
ape isi kandungannya. boleh sesiapa tempek kalau ade cth?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 12:28 PM | Show all posts
takut baca buku terpesong ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku aritu tgok history channel..byk cite psl jesus,mary time krismas.aku tgok xdelah terpesong..terhibur tgok ummah kristian yg taksub drngan kepesongan mereka adelah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 12:39 PM | Show all posts
apa yang terpesong???
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternyata sekali umat islam di malaysia amat cepat terkeliru. Kalau tak dibanned pun, berapa kerat yg baca pun buku berat mcm ni. Orang malaysia suka baca novel cinta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2015 12:58 PM | Show all posts
buku je ke yg kena ban? penulis penceramah??
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:03 PM | Show all posts
macam buku Bahai je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 01:06 PM | Show all posts

Ye kot, bunyinya mcm nk dkat sama..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Umat islam di malaysia selain dari keturunan dracula (takut salib) ada jugak yg dari keturunan pokemon (easily confused)
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:34 PM | Show all posts
baguslah KDN.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nalis replied at 29-12-2015 01:03 PM
macam buku Bahai je..

Bahai tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:28 PM | Show all posts

Agama Kristian,Islam,Buddha,Hindu dimasukkan dalam blender. Blend. Dan keluarlah agama Bahai
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-12-2015 02:28 PM
Agama Kristian,Islam,Buddha,Hindu dimasukkan dalam blender. Blend. Dan keluarlah agama Bahai

Ooo.its really exist?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 03:39 PM | Show all posts
ujud rupanya agama bahai... i igtkan sorg classmates msa zmn remaja dlu wat lawak... haha

dan, mcmlah ummh malaya rajin sgt membaca..............
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 05:55 PM | Show all posts
hahaha... mana nak cari buku2 ni ye? macam mana boleh larikan akidah ye? senang betul akidah kita ni boleh terseleweng... adakah KDN menganggap akal fikiran Melayu nih semuanya bangang2 dan tidak boleh berfikir? apa level akidah umat Islam sekarang dengan hanya membaca buku, terus tersesat? di mana konsep menuntut ilmu dengan berguru? wow...seriously???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Junior aku ada sorg bahai..dorg smbhyang di kuil. Aku ingat dia kristian.. rupanya bahai
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 08:21 PM | Show all posts
ultra78 replied at 29-12-2015 02:28 PM
Agama Kristian,Islam,Buddha,Hindu dimasukkan dalam blender. Blend. Dan keluarlah agama Bahai

Bukan lah Ultra.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 08:25 PM | Show all posts
ultra78 replied at 29-12-2015 12:42 PM
Ternyata sekali umat islam di malaysia amat cepat terkeliru. Kalau tak dibanned pun, berapa kerat yg ...

Selalunya lepas baca cerita dalam kain orang lain di Harian Metro, ramai orang Islam baca buku buku cam nih......Prrrrrrrrrrrpfffftght

Lepas tu depa konfius....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 08:51 PM | Show all posts
ek eleh...macam laaa rata2 majoriti umat manusia islam kat sini rajin sesgt nak mentelaah genre buku2 gini...please lahhhkalo ye pun ada membaca... aku percaya takde la yg  boleh terpesong....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068162 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list