View: 1559|Reply: 0
|
APAM PISANG COKLAT URAI
[Copy link]
|
|
5 biji pisang emas ~ kalau pisang besar dlm 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelate
3 sudu besar coklat urai
Panaskan kukusan
Balut tutup kukus dengan kain
Sediakan acuan kecil atau loyang
Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak
Lenyek pisang hinga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan
Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder.
Kemudian ayak ~ ketepikan
Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak
Pukul adunan sehingga pekat dan berkerim
Kemudian masukkan adunan pisang yg di lenyek tadi.
Kacau sebati
Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata
Akhir sekali masukkan coklat urai, dan gaul sempurna
Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang
Kukus adunan selama 20 ~ 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam
Enak juga di makan begitu sahaja
KREDIT:AZLITA AZIZ
|
|
|
|
|
|
|
| |
|